Saturday, February 28, 2009

Teguh atau retak....?



Apakah yang ingin saya sampaikan melalui gambar ini? Mungkin memerlukan pemikiran yang kritis dalam menilai sesuatu pandangan. Kukuh dan masih teguh walaupun sudah terpecah sebahagian pasu. Bagi pemahaman saya, saya perlulah cekal dan tabah walaupun pernah mengalami perkara negatif dalam hidup saya. Jadikan setiap pengalaman manis dan pahit untuk mematangkan diri kita.

Tanggungjawab atau tugas...2



Tugasan dan tanggungjawab menjadi satu bidang kuasa yang tidak dapat kita elak dan lari. Sempat saya diberikan amanah semasa Karnival Hari Terbuka KHAR '09 baru-baru ini sebagai panel juri untuk pertandingan fesyen. Pertama kali untuk saya memikul tanggungjawab ini dan menjadi pengalaman berharga untuk saya juga. Terima kasih kepada semua.

Posisi...tepi



Posisi adalah penting dalam meletakkan objek utama sebagai motif. Mungkin posisi yang saya ambil untuk meletakkan pokok itu adalah di tepi kerana warna juga memainkan peranan dalam menonjolkan objek utama. Warna hijau dan putih sebagai latar memberikan keseimbangan dengan warna merah dinding. Keseimbangan itu perlu dan banyak memainkan peranan.

Wednesday, February 25, 2009

Menanti...

Kepada semua pembaca blog saya, mohon maaf daripada saya kerana buat masa ini, ketika ini, saya disaat melicinkan pergerakan saya dan menyelesaikan segala tugasan kuliah. Jadi, saya memohon maaf kerana masih belum mampu untuk menghantar cerita baru di dalam blog saya ini. Harap sabar menanti cerita baru daripada saya. Terima kasih kerana sudi melayari blog saya.

Monday, February 16, 2009

Tanggungjawab atau tugas...


Menjadi tugas saya walaupun mendapat tanggugjawab yang lain. Itulah dikatakan ilmu dan pengetahuan. Perlu dikongsi dan sama-sama belajar. Agar sukar untuk memikul beberapa tanggungjawab bermula tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, anak, abang kepada adik-adik, sepupu, saudara, jiran tetangga, kawan dan terus kepada umat islam sejagat. Agak berat lagi jika difikirkan tanggungjawab sebagai pelajar, ahli jawatankuasa dan seterusnya beberapa lagi jawatan yang disandang. Agak berat dan berat dan berat.

Friday, February 13, 2009

KFC......Boikot???

petikan ini saya ambil daripada akbar tempatan dan diharapkan agar semua orang jelas dengan keadaan 'BOIKOT' yang dilaung-laungkan.

"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

Komposisi.......posisi



Ini antara gambar yang diambil oleh dia dan agak cantik dan menarik. Mungkin saya kena belajar lagi tentang komposisi subjek. Agak susah jika subjek yang menarik tetapi posisi gambar tidak menarik. Melihat pada teknik yang digunakan, saya tidak pasti dengan teknik yang digunakan kerana kamera yang telah set automatik. Apapun, belajar tetap kena belajar dan biar kita belajar daripada orang lain walaupun tiada siapa yang ingin mengajar kita.

Monday, February 09, 2009

Malam masih ada...VOL. 2



Sekali lagi gambar waktu malam diambil dan saya tidak tahu jika gambar ini elok atau tidak kerana ketika itu saya hanya ambil sahaja gambar ini tanpa fokus di mana-mana. Agak terang kerana menggunakan flash dan susah untuk mendapatkan kesan gambar yang menarik. Masih ingin mempelajari teknik mengambil gambar waktu malam.

Mencari tempat...VOL 2


Sekali lagi gambar yang di ambil sewaktu di atas lebuh raya. Agak susah untuk mendapatkan posisi gambar tetapi hakikatnya saya telah berjaya menonjolkan idea baru dalam persembahan saya dalam bidang fotografi. Sebagai insan yang bebas dalam segala bidang, saya tidak mahu terikat dengan apa-apa idea atau pemikiran dan saya sendiri mencuba sesuatu yang baru dan berharap agar idea baru itu akan berjaya.

Mencari tempat...


Gambar ini saya ambil sewaktu ke Kem Pemantapan Rakan Exco KHAR. Nampak bagaikan saya berada di atas jalan di tengah-tengah lebuh raya. Teringin saya untuk mengambil gambar di tempat-tempat yang orang tidak terfikir dan tidak terbuat. Ini adalah kelebihan kepada sesiapa sahaja yang pandai mencuri peluang atau mendapatkan idea baru.

Saturday, February 07, 2009

Malam masih ada...


Gambar pertama

Gambar ke-2

Ini adalah antara gambar yang saya cuba-cuba ambil ketika waktu malam. Agak susah dan payah kerana saya masih belum pernah mengambil gambar-gambar pada waktu malam. Mungkin saya perlu lebih belajar dalam mengambil gambar ketika malam. Masih dalam percubaan dan berharap agar selepas ini saya akan belajar mengambil gambar pada waktu malam.

Thursday, February 05, 2009

Posisi bebas...


Ini adalah laptop sahabat saya dan posisi ini adalah posisi di atas meja tulis. Kebetulan saya mencuba lense baru di kamera DSLR KHAR. Keadaan ini agak berlainan kerana mungkin kamera diletakkan di atas meja dengan sengaja dan gambar diambil. Percubaan baru daripada saya iaitu mengambil gambar tanpa melihat. Agak sukar tetapi seronok.

Monday, February 02, 2009

Tumpuan...



Sahabat saya, cuba memberikan gayanya tersendiri dan kebetulan beliau sporting dalam memberikan gayanya. Saya cuba fokus kepada objek yang dipegang tetapi gagal kerana dalam keadaan pantas dan tiba-tiba beliau memberikan gaya seperti ini. Saya akan cuba lebih memberikan tumpuan kepada keadaan sekeliling agar saya mampu mengambil gambar keadaan sekeliling saya.

Sunday, February 01, 2009

KUPREX II


Kursus Pemantapan Rakan Exco II
Kolej Harun Aminurrashid
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Pemimpin agung...

' Menjadi Seorang Pemimpin Agung Adalah Pemimpin Yang Kuat Semangatnya Dan Tidak Gentar Dgn Cabaran Dan Halangan Di Hadapan Mahupun Belakang 'Norizzat Johari

Masih ada terang...


Assalamualaikum....salam sejahtera... Kembali semula bersama saya. Hampir setengah bulan saya tidak memasukkan post kerana saya menahan cerita-cerita aru untuk tatapan rakan-rakan. Gambar di atas diambil oleh dia dan saya percaya gambar ini mempunyai ciri-ciri istimewa. Dalam hidup kita, seharusnya kita mengingati perkara yang lepas iaitu perkara silam dalam hidup kita. Mungkin dihadapan kita masih berliku-liku tetapi silam kita ada lagi cahaya yang membantu kita untuk terus kehadapan. Sekadar memperingati diri sendiri dan semua. Terima kasih kepada dia kerana membenarkan gambar ini diletakkan di dalam blog saya.