Wednesday, September 10, 2008

Sekali lagi waktu memuncak menghantar tugasan


Hari ini akan ada pembentangan untuk subjek Tipografi. Antara yang tugasan akan dibentang hari ini ialah tentang lagu kanak-kanak. Memang melucukan tetapi inilah cara tugasan yang cuba meningkatkan teknik pembentangan yang berkesan. Bukan sekadar bercakap dengan orang dewasa malah mampu menarik perhatian kanak-kanak apabila kita bercakap. Saya berharap agak pembentangan saya sebentar lagi berjalan lancar. Insyaallah.

Monday, September 08, 2008

Kenangan Terindah KHAR 2008



Kenangan tetap menjadi kenangan dan saya harap akan menjadi kenangan manis sepanjang saya berada di Kolej Harun Aminurrashid. Menjadi seorang pemimpin memang mencabar dan menjadi seorang pemimpin juga akan menjadikan diri kita semakin matang untuk bertindak. Apapun, saya berbangga menjadi warga Kolej Harun Aminurrashid, UPSI.

Sunday, September 07, 2008

PROGRAM AKADEMIK TIPOGRAFI-Finale



Majlis kecil Sesi Penyerahan Qalam KHAR Edisi Keenam kepada wakil Pengarah Urusan Wakil Karangkraf sebagai tanda penghargaan. Turut disaksikan oleh Penyelaras Komunikasi Visual, Puan Mila Salima. Saya berbangga kerana membawa nama KHAR ke tempat lain dan cuba untuk mengharumkan nama KHAR selepas ini.

Sunday again..

Today is Sunday. The first word just in my mind only rest and rest. I always make this day for clear up all my stuff, arrange my room back after whole week I leave it. And today, I must stanby with my assignment to pass up tomorrow and hope I will done it before this night. Anyway, I just want to wish happy Sunday to all outsite there. Smile always.

Saturday, September 06, 2008

Cuaca yang dingin dan sejuk....

Memang diakui hari ini adalah hari yang paling sejuk dikalangan enam hari berpuasa. Dengan hujan renyai di waktu pagi dan sehingga petang hujan turun dan kini malam menjadi amat sejuk sekali. Hari ini menjadikan malam yang ketujuh dan sudah genap seminggu dan hampir tiga minggu lagi untuk sampai ke bulan Syawal.

Hari Sabtu.... 6 September 2008


S
esuatu yang amat bermakna bagi hidup saya hari ini iaitu saya telah berjaya berpuasa sehingga hari keenam Ramadhan...hehehe.. Saya rasa agak tenang pada hari ini kerana saya berjaya menyiapkan beberapa tugasan kuliah dan dalam masa yang sama saya telah menghadapi masalah untuk menyiapkan beberapa lagi tugasan kuliah. Inilah tugas sebagai seorang mahasiswa dan saya berharap agar saya mampu untuk teruskan pengajian saya dengan penuh kegembiraan walaupun ada kesedihan yang turut bersama.

Malaysia Book Of Records-Attempting For The Biggest Jalur Gemilang Made Of Coconut Shells


Satu penghargaan yang tidak dapat saya lupakan oleh Naib Canselor UPSI, 
Prof. Dato` Dr. Aminah binti Ayob

Wednesday, September 03, 2008

Kenapa...?


Saja ingin mencuri tumpuan pengunjung blog saya. Hanyalah gambar semata-mata dan mungkin anda tertanya-tanya, dimanakah tempat yang tidak boleh membaca di negara kita ?

sahabat...


Kusyuk dalam memilih sesuatu...

Kolej Harun Aminurrashid pemegang rekod Malaysia baru 2008


Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, Prof. Madya Dr. Ahmad Zaidi bin Johari menerima sijil MBOR menandakan rekod telah berjaya. 

Pemegang MBOR-KHAR 2008


Warga kolej yang turut serta dalam majlis MBOR

Malaysia Book Of Records-Finale


Ketika majlis pengesahan Malaysia Book Of Records di Kolej Harun Aminurrashid.

Antara yang turut hadir

Simbolik upacara meletakkan tempurung terakhir

Tarian Hakka daripada PALAPES

Detik-detik sijil MBOR ditandatangani



Tuesday, September 02, 2008

Hari kedua Umat Islam Berpuasa...


B
elum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa kepada seluruh Umat Islam di dunia. Semoga bulan Ramadhan kali ini menjadi satu pintu masuk untuk memulakan kehidupan baru dan mendapat ketenangan. Selamat Berpuasa.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Malaysia Book Of Records-Volume 2


Ini adalah saat-saat sebelum pengesahan Malaysia Book Of Record Jalur Gemilang Terbesar Menggunakan Tempurung Kelapa.

Skuad Palapes turut bersama-sama menjayakan projek

Kerja-kerja baik-pulih warna tempurung


Penasihat Media KHAR merangkap Felo KHAR.

Mengecat semula warna yang pudar