Tuesday, October 14, 2008

Bangunan Tertinggi dan Kukuh-PRS 2008



Mungkin akan ramai bertanya, apakah yang ingin saya pamerkan dalam gambar ini. Sebenarnya pada 11 Oktober 2008, saya telah mengikuti LDK semasa kokurikulum PRS di Taman Universiti dan kami dikehendaki membina bangunan tinggi dan kukuh menggunakan surat khabar lama. Kumpulan saya telah berjaya membinanya. Saya berbangga kerana saya mendapat rakan-rakan kumpulan yang memberikan kerjasama terbaik semasa membina bangunan ini. Saya akui, saya tidak berapa mengenali rakan-rakan kumpulan saya ketika itu tetapi saya yakin mereka mampu memberikan kerjasama yang terbaik kerana saya menjadi ketua kumpulan ketika itu. Tahniah dan syabas buat rakan-rakan !!!

Monday, October 13, 2008

Kembali mentari tepi ke tepi melihat hari....


caYang haNa... ;)
Saya suka untuk cuba menghasilkan sesuatu yang baru tetapi memang susah dan payah. Akan tetapi, saya telah membuat keputusan dan membuat pembaharuan dalam hidup saya sendiri, saya mempunyai anak angkat saya sendiri tetapi masih dalam jagaan ibu bapanya lagi. Mungkin saya akan lebih memberi perhatian kepadanya.


Sunday, October 12, 2008

Fesyen show Batik UPSI 2008...-Finale









TAHNIAH KEPADA FAKULTI SENI DAN MUZIK

Fesyen show Batik UPSI 2008...


Tahniah buat semua pelajar daripada Fakulti Seni dan Muzik kerana berjaya menghasilkan idea-idea baru dan terbaik. Satu lagi lonjakan idea daripada pelajar Fakulti Seni dan Muzik. Tahniah diucapkan.

Batik-kemeja lelaki


Panas dan terik...SePeT



Pemandangan yang sempat saya ambil semasa di Pulau Pangkor. Mungkin kerana saya kebuntuan idea untuk mengambil gambar, jadi saya telah duduk di tengah-tengah jalan raya di pekan Pulau Pangkor. Cuaca yang agak terik dan bahang panas menyebabkan mata saya mengecil dan sepet.

Thursday, October 09, 2008

Salam Perantauan Eidulfitri 1429



Salam Eidulfitri kepada semua. 1 Syawal 1429 adalah sejarah buat saya kerana turut serta bersama-sama dengan rakan-rakan Sabah dan Sarawak menyambut Eidulfitri di KHAR, UPSI. Mereka mengadakan aktiviti gotong royong memasak juadah Hari Raya. Satu pengalaman yang menarik untuk saya pada tahun ini.

Wednesday, October 08, 2008

Diploma Senikraf Batik 2003-2006



Tiba-tiba saya merindui semua kawan-kawan saya. Semasa saya menyambungkan pelajaran di peringkat diploma, inilah kawan-kawan yang pernah saya jumpa dan majorati adalah golongan hawa.

Wednesday, September 24, 2008



Entah berapa kali saya sudah menjejaki kaki ke Putrajaya dan kali ini saya tidak melepaskan peluan untuk melihat panorama yang indah di Putrajaya. Bulan puasa yang memberikan seribu pengertian dan seribu makna kepada saya tahun ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Selamat Tinggal...tempat yang menjadi kenangan



Mungkin ramai akan tertanya-tanya bayang-bayang siapakah yang saya ambil. Ini adalah bayang-bayang saya sendiri dan diambil di Kota Bharu. Bagi saya, ini adalah tempat terakhir untuk saya kunjungi dan mungkin selepas ini, saya akan cuba elakkan untuk datang ke sana lagi kerana cukup sekadar dalam kenangan. Bandar yang pernah saya diami selama 6 bulan dahulu dan kini menjadi sebuah bandar yang sedang membangun. Selamat tinggal...

Sunday, September 21, 2008

Menghitung Hari....RAYA Aidilfitri

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Semoga hari raya kali ini menjadi hari bermakna kepada kita semua. Raya tahun ini juga saya mengisytiharkan bahawa saya tidak balik kampung untuk beraya...sedih sikit... tapi mungkin ada hikmahnya kenapa saya tak balik kampung untuk beraya tahun ini.

Tuesday, September 16, 2008

Demam memang memedihkan...

Penyakit demam ketika berpuasa memang memeritkan. Entah mana silapnya, saya sendiri dijangkiti penyakit demam di tengah-tengah bulan puasa tahun ini. Semoga saya tabahkan hati.

Sunday, September 14, 2008

Mungkinkah dia...



Mungkinkah dia...setiap kawan-kawan pasti ada musuh dan setiap musuh ada yang menjadi dalang kerana itu lumrah hidup.

Thursday, September 11, 2008

Ramadhan Bulan Tarbiyah-KHAR 2008


Pada 7 September 2008, bersamaan dengan 7 Ramadhan 1429 Hijriah, PBA telah dijemput oleh Ahli Jawatankuasa Mahasiswa Kolej(JMK) Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) untuk mengadakan satu aktiviti di KHAR. Aktiviti ini adalah bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, bertemakan ‘Ramadhan Bulan Tarbiyah’. Aktiviti yang bermula seawal jam 3.00 petang ini telah disertai oleh seramai tujuh orang AJK PBA, beberapa orang JMK KHAR dan juga penguni KHAR sendiri.

Di sana, PBA memperkenalkan aktiviti yang dinamakan ‘Dam Khalifah’, iaitu satu permainan yang berbentuk riadah. Permainan ini adalah seperti kehidupan sebenar seseorang manusia. Bermula seseorang itu dilahirkan sehingga datang saat kematiannya. Dalam permainan ini, terdapat petak-petak yang bertulis nombor, bermula dari nombor satu hingga nombor 25. Permainan ini sama sahaja seperti permainan dam biasa, cuma bezanya ialah dalam permainan ini, untuk sampai ke petak penamat, para peserta perlu menempuh pelbagai halangan berbentuk ganjaran dan hukuman. Di sinilah letaknya keistimewaan ‘Dam Khalifah’ kerana hukuman dan ganjaran yang dikenakan adalah berbentuk keislaman. Sebagai contoh, para peserta diminta berselawat, saling bermaafan sesama sahabat dan juga diajukan soalan berkaitan ibadah.

Untuk bermain permainan ini, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kaki mereka juga diikat bertujuan untuk menyukarkan pergerakan mereka ke petak yang seterusnya. Simboliknya di sini ialah, ikatan pada kaki akan mengeratkan lagi ukhwah sesama peserta disamping merangsang semangat berpasukan di kalangan mereka.

Secara keseluruhannya, pemainan Dam Khalifah ini berlangsung dengan meriahnya dan tamat sekitar jam 5.30 petang. Pihak PBA sangat gembira dan berpuas hati kerana komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh KHAR sungguh menggalakkan. Pihak kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada JMK KHAR di atas kesudian menjemput kami untuk mengadakan aktiviti di sana. Semoga ukhwah yang terjalin di antara KHAR dan PBA akan berkekalan.