Thursday, December 04, 2008

Sekilas mata penyejuk jiwa...


Hana ialah seorang kanak-kanak yang terlalu istimewa untuk saya. Di sini, kali pertama saya berjumpa dengannya dan pertemuan pada majlis berbuka puasa di Awana Genting tidak akan saya lupakan.

KHAR - RTM...


Lokasi Studio Selamat Pagi Malaysia

Lawatan Akademik Biro Penerbitan dan Informasi JMK KHAR telah berjaya menganjurkan lawatan ke RTM pada 2hb Disember 2008. Semoga hubungan baik antara RTM-KHAR terus menjadi erat bagi melaksanakan aktiviti di KHAR pada masa akan datang.



Lokasi Ruang Legar Wisma TV RTM

Kunjungan ke RTM...



Penyampaian cenderahati kepada wakil pengurusan RTM, Puan Azizah. Selaku pengarah program, saya berasa bangga kerana berjaya merealisasikan hasrat KHAR untuk mengadakan kunjungan balas di RTM kerana RTM kerap mengadakan liputan di KHAR sebelum ini. Sebagai tanda penghargaan, Exco Penerbitan dan Informasi JMK KHAR telah menganjurkan Lawatan Akademik ke beberapa tempat dan salah satunya ialah RTM. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung.

Suhu...



Selama lima hari saya bersama rakan-rakan berkampung di Pangkor. Mungkin pengalaman pertama untuk saya menetap di Pangkor selama lebih tiga hari. Daripada segi cuaca, saya amat terasa perbezaannya kerana saya masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan suhu di Pulau Pangkor. Kepanasan membuatkan badan saya sentiasa berpeluh sepanjang hari. Setiap hari, mak sentiasa bertanya jikalau ada baju yang ingin dibasuh. Itulah salah satu soalan yang setiap hari kami terima sepanjang berada di rumah mak.

Wednesday, December 03, 2008

Pasar Pangkor...



Ini adalah kedai mak angkat saya. Kedainya terletak di pasar Pangkor dan paling tepi sekali. Saya dan kawan-kawan akan singgah melihat suasana kedai mak setiap pagi. Memang mengejutkan kerana setiap pagi, kedai ini hanya buka daripada 8 pagi hingga 11 pagi kerana ikan cepat habis dijual. Buat pertama kalinya saya melihat penjualan ikan yang pantas dan cepat habis. 

Pertemuan dua emak...



Saat-saat sebelum kami berangkat pulang, sempat saya menemukan mak angkat saya dengan mak angkat dia... Saya berharap agar mereka mendoakan kebahagiaan untuk saya dan dia... Sepanjang berada di Pangkor dalam program anak angkat ini, saya sering juga mengambil peluang dan mencuri masa untuk menziarahi mak Pah. Mak Pah cukup gembira jika saya bertandang ke rumah. Itu membuatkan nama saya sering disebut-sebut oleh beliau. Saya tidak pasti sejak bila saya pandai mengambil hati orang tua dan apa yang pasti, saya telah menambat kedua-dua hati keluarga angkat kami.

Mak...



Sebagai permulaan mukadimah, saya ingin memperkenalkan keluarga angkat saya di Pangkor. Mak Jam adalah ibu tunggal. Hampir setahun bersendirian menyara hidup 7 orang anak tanpa bantuan sesiapa. Saya berbangga mendapat mak angkat yang cekal dalam menempuh hidup di Pulau Pangkor. Selama lima hari saya di sana, kami dilayan begitu baik sehinggakan hilang perasaan malu untuk memanggil 'mak' kepada Mak Jam. Cukup dulu sekadar perkenalan tentang keluarga di Pangkor.

Belahan ikan...



Apabila saya melihat gambar ini, teringat saya kepada kenangan di Pangkor. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa kaitannya belahan ikan ini dan Pangkor untuk saya. Selepas ini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang program Baktisiswa kolej kediaman saya di Pangkor tempoh hari. Saya masih tidak sempat untuk menyusun gambar-gambar kerana terlalu banyak dan berterabur. Insyaallah dalam masa yang terdekat ini saya akan cuba bercerita tentang kenangan saya di Pangkor.

Wednesday, November 19, 2008

Buku ayahanda saya...Terbitan UPSI


Ini adalah antara penerbitan ayahanda saya tercinta. Beliau amat menggemari bidang penulisan walau pada hakikatnya beliau menaip bukan menulis. Saya teringat pada waktu saya masih kecil lagi, mesin menaip (typewriter) jenis lama menjadi pemangkin semangat ayahanda saya untuk menulis. Kini, ayahanda saya telah menulis dan mengarang hanya menggunakan sebuah komputer dan semakin banyak buku yang bakal diterbitkan. Tahniah buat ayahanda saya kerana esok, 20 November 2008 adalah tarikh keramat kami sekeluarga kerana ayahanda saya berjaya menamatkan pengajian hingga peringkat tertinggi dalam bidang pendidikan akademik. Tahniah dan semoga perjuangan akan berterusan.

Monday, November 17, 2008

KELAB MEDIA UPSI



UPSI-Tanggal 15hb November 2008 hari Sabtu, Kelab Media UPSI telah mengadakan Mesyuarat Penajaan Kelab Media UPSI. Berkat semangat dan sokongan padu daripada sahabat-sahabat yang dikalangan daripada pelbagai kos, Kelab Media UPSI bertapak di UPSI. Dengan sokongan hampir 30 orang ahli, Kelab Media UPSI akan memulakan langkah baru bermula semester depan dengan pelbagai aktiviti yang juga akan melibatkan semua pelajar UPSI kerana objektif Kelab Media UPSI adalah untuk menaikkan nama UPSI seterusnya menyatukan semua pelajar UPSI dalam mengharumkan nama UPSI. Diharap kepada semua pelajar UPSI akan terus menyokong perjuangan Kelab Media UPSI.

Friday, November 14, 2008

Kawan dan teman...



Kepada semua rakan seperjuanganku, 
aku berharap agar kita tetap berjuang dengan penuh keikhlasan 
dan kerana itu kita tetap bersama 
bukan kerana kawan tetapi kerana hubungan kita sebagai kawan. 
Andai kata kita berpisah dan anggaplah perpisahan itu adalah yang terbaik buat kita 
kerana ia boleh membuatkan kerinduan untuk kita 
dan jika kerana perpisahan kita tidak berjumpa, 
anggaplah itu adalah tanda kita sudah bahagia disamping orang yang tersayang.

Monday, November 10, 2008

Ketenangan selepas Eidulfitri 1429-Kedah



Kita tenangkan fikiran kita sebentar dengan melihat pemandangan yang hijau dang menyegarkan. Gambar ini diambil oleh ayahanda saya yang tercinta. Beliau menggemari gambar-gambar pemandangan dan kebetulan, sehari selepas cuti raya Eidulfitri habis, saya bersama ayahanda dan ibunda saya ke Kedah untuk melawat kematian dan gambar ini menggambarkan kesedihan yang ayahanda saya alami ketika itu.

Media UPSI-Mendapat restu Dato' Naib Canselor UPSI


UPSI- Baru-baru ini, saya selaku wakil Media UPSI turut bersama menyaksikan majlis watikah MPP UPSI. Sehubungan dengan itu, saya telah mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Dato' Naib Canselor untuk memaklumkan dengan penubuhan Kelab Media UPSI. Dato' Naib Canselor melahirkan rasa bangga beliau dan merestukan penubuhan Kelab Media UPSI. Insyaallah Kelab Media UPSI akan dilancarkan pada tahun hadapan.


Perbincangan ringkas antara saya bersama-sama Dato' Naib Canselor dan Mantan YDP MPP 07/08 berhubung dengan hala tuju MPP baru dan Media UPSI bersama-sama mengharumkan nama UPSI.


Memaklumkan kepada Dato' Naib Canselor tentang penubuhan Media UPSI bagi merealisasikan Warta Kampus sebagai akbar UPSI yang mantap. Saya berharap dengan sokongan yang diberikan daripada Dato' Naib Canselor kepada Media UPSI akan melahirkan rasa semangat dan keyakinan kepada semua ahli Media UPSI.