Friday, January 02, 2009

Dija dan Irfan...Kak Ina



Beliau sering berhubung dengan saya selepas saya menjadi anak angkat keluarga beliau pada akhir tahun 2007. Mungkin ditakdirkan jodoh pertemuan saya dengan beliau agak rapat, sekali lagi saya berjumpa dengan keluarga beliau pada akhir tahun 2008. Mungkin ini yang dikatakan pertemuan yang mengundang kenangan abadi. Kak Ina memang kerap menghantar sms kepada saya dan mengambil berat tentang saya. Anak Kak Ina, Dija dan Irfan masih mengingati saya.

Thursday, January 01, 2009

Kembali hatiku terusik...



Mungkin teringat seperti mimpi apabila melihat gambar ini dan menjadi satu kenangan yang datang kembali. Salah satu tempat yang menjadi titik ingatan saya kepada keluarga angkat di Sabah. Akan saya kongsikan bersama detik saya bertemu keluarga angkat di Sabah.

Selamat Tahun Baru 2009


Assalamualaikum dan Salam Bahagia sebagai pembuka tirai 1430H

Saturday, December 13, 2008

Mungkinkah dia...



Sepanjang ketiadaan saya, harap agar saya berada dalam keadaan baik dan tenang dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Saya sentiasa berdoa untuk kebahagiaan ayah, ibu, adik-adik saya, dia sekeluarga, rakan-rakan dan seluruh insan yang mengenali saya agar bahagia dalam hidup.

Friday, December 12, 2008

Apungan...



Antara aksi yang dapat saya ambil ketika sukan rakyat sedang rancak berjalan. Saya berada di tengah-tengah gelanggang mereka dan agak sukar untuk mengambil gambar dalam kondisi tergopoh-gopoh. Terlalu banyak gambar yang saya terkejar-kejar dan hampir 70% gambar yang saya ambil ketika itu hampir-hampir rosak disebabkan gegaran dan kurang jelas.

Perhatian seketika...



Sempat saya mengambil gambar ini sementara sukan rakyat sedang dijalankan. Posisi saya yang berada ditengah-tengah gelanggang membuatkan saya melilau mencari sudut pandangan yang menarik dan antara yang sempat saya ambil ialah gambar ini. Kanak-kanak ini sudah pun di darjah enam dan sahabat saya sendiri tidak menyedari gerakan kamera saya ketika itu. Kusyuk memerhati adalah perkataan yang terlintas difikiran saya ketika itu.

Anak-anak yang bermotivasi...



Gambar ini diambil selepas habis program motivasi yang bercorakkan LDK. Agak meriah kerana sambutan daripada kanak-kanak setempat amat menggalakkan. Saya amat berminat untuk mempamerkan gambar-gambar aktiviti ini tetapi terlalu banyak dan rasanya tidak sesuai untuk saya pamerkan di dalam blog ini.

Terkenang indah...



Saya bersama keluarga angkat saya di Pangkor. Terasa semakin rindu dan semakin terkenang kenangan singkat bersama mereka. Mungkin agak sayu apabila terkenang kenangan yang hanya beberapa hari mesra tetapi kemesraan itu terukir dan tergambar dengan titisan air mata daripada seorang emak yang akan merindui anak-anak angkatnya pulang. Mungkin kerana pertama kali emak kami mengambil anak angkat dan yang pertama itu memberikan sedikit kegembiraan yang tidak terhingga.

Thursday, December 11, 2008

Kota Belanda...



Sesuatu yang menakjubkan untuk saya kerana struktur binaan yang jarang ditemui di Malaysia.Saya baru pertama kali melihat tempat ini dan agak menarik walaupun kawasannya kecil sahaja dan terhad untuk dilawati. Apapun, saya berasa satu pengalaman menarik untuk saya ke Pangkor.

Tepian jeti...



Gambar ini diambil sewaktu saya menuju ke jeti untuk mengelilingi Pulau Pangkor. Agak terik dan sebenarnya gambar ini juga telah diubahsuai sedikit untuk menonjolkan kesan air laut. Mungkin selepas ini saya perlu lebih banyak latihan dalam tumpuan kepada kesan-kesan alam.

Budak kecil...



Salah satu gambar yang berjaya saya ambil sewaktu permainan sukaneka sewaktu Program Baktisiswa Pangkor. Sengaja saya merapati kanak-kanak ini dan dia mungkin berasa seronok apabila lensa kamera tuju terus kepada dia. Mungkin banyak lagi perlu saya pelajari dalam mengambil gambar potrait seperti ini.

Jeti...



Setiap perjalanan ade penghujungnya dan penamatnya. Saya sering mencari jalan kebenaran untuk hidup saya. Mungkin sukar untuk mendapatkan kebenaran tetapi insyaallah saya akan dapat penyuluhnya. Gambar ini saya ambil sewaktu saya ingin bersiar-siar keliling Pulau Pangkor menggunakan bot. Satu pengalaman menarik dan pengajaran yang saya perolehi ialah walau jauh kita pergi, kita akan tetap kembali semula kepada tempat asal. Renung-renungkan.

Thursday, December 04, 2008

Pemimpin atau dipimpin...



Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menamatkan tugas saya sebagai Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Exco Penerbitan Dan Informasi atau lebih dikenali sebagai MEDIA KHAR. Nama Media KHAR amat sinonim dengan tugasan sebagai seorang wartawan dan pemberita jika berada di UPSI. Setelah memulakan tugas daripada tarikh 1 Jun 2008 sehingga 5 Disember 2008, tamatlah untuk sidang pertama JMK 08/09. Selepas ini, saya akan menghadapi sidang seterusnya dengan aktiviti yang lebih mencabar bakal dianjurkan oleh KHAR. Saya juga akan sentiasa mengingati setiap kenangan yang saya lalui sepanjang tempoh ini. Memang susah untuk menjadi seorang pemimpin kerana perlu melalui cabaran-cabaran yang sukar dan setiap cabaran akan membuatkan saya lebih kuat dan bersemangat untuk teruskan perjuangan yang belum selesai. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menyokong perjuangan saya.