Monday, January 12, 2009

Unit-unit jawatan...


Sekali lagi kenangan bersama rakan-rakan semasa memegang jawatan sebagai Jawatan Kuasa Suaikenal 2008/09. Sebagai ketua unit Dokumentasi dan Publisiti, saya bersama-sama tiga orang lagi rakan saya iaitu Duan, Acap dan Maria (satu-satunya wanita) bekerjasama dalam menjayakan PSK (Program Suai Kenal) UPSI. Di dalam gambar ini, saya bersama Duan dan dua orang daripada Unit Kebajikan.

Entah kenal entah tidak...



Kenangan semasa berada di Sabah tidak akan saya lupakan. Bersama beberapa orang daripada universiti lain dalam menyertai program bersama UMS.

Hana sayang...



Kembali semula kecerian anak angkat saya. Agak lama saya tidak bertemu dengan Hana dan baru-baru ini Hana datang ke salah satu majlis yang dianjurkan oleh kolej kediaman saya. Semakin bijak berkata-kata dan kini Hana sudah fasih memberi salam kepada semua orang. Saya juga tumpang gembira dengan keceriaan yang ditunjukkan oleh Hana. Keceriaan daripada anak kecil akan memberikan seribu kebahagian kepada ibu bapanya. Tahniah Ustaz Fauzi dan isteri.

Sunday, January 11, 2009

Tepian lanai...



Sedikit sebanyak saya mampu mengambil gambar dengan idea saya sendiri untuk menghasilkan gambar yang berkualiti. Agak sukar untuk saya mencari posisi gambar ini tetapi alhamdulillah saya berjaya setelah beberapa kali menangkap gambar ini. Bagaimana pendapat anda pula dengan gambar ini?

Tidak pasti...



Sentiasa ingin mecari ketenangan dalm melakukan sesuatu perkara. Saya masih mencuba pelbagai teknik gambar agar menampakkan kelainan tetapi masih mendapat kebuntuan. Mungkin kerana ilmu dalam fotografi saya masih kurang dan perlu ditambah lagi. Masih menggunakan kamera kompak. Hasil gambar yang tidak berapa menarik tetapi masih boleh berpuas hati dengan hasil gambar ini.

Wednesday, January 07, 2009

Kekuatan...kesabaran...iman...


dipetik daripada sumber :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20090106004015/Article/index_html

Astaghfirullah... Tidak terkata apabila saya melihat gambar ini. Sayu,pilu dan saya cuba bayangkan jika saya ditempat mereka. Untuk pertama kali saya memasukkan cerita dunia sekarang ke dalam blog saya kerana tidak dapat menahan sebak apabila terpandang gambar ini. Blog saya ini bukanlah untuk mencari publisiti ke atas kekejaman dunia tetapi kerana kali ini, saat ini, kekejaman ini terlalu melampau sepanjang hidup saya di muka bumi Allah ini. Sepanjang penglibatan saya dalam blog, saya tidak berhajat untuk menyiarkan kes-kes dunia kerana saya percaya terlalu banyak blog yang menyiarkan tentang kekejaman terhadap Islam di dunia. Jadi, ini adalah artikal pertama dan saya berharap ini adalah artikal terakhir tentang kekejaman terhadap Islam yang akan tersiar dalam blog saya. Untuk menggambarkan betapa sedihnya saya dan kecewa dengan apa yang berlaku sekarang, saya menyiarkan artikal ini. Semoga Allah disamping semua umat Islam dan memberikan kekuatan kepada umat Islam seluruh dunia. Amiiiinnnnnnnnn.... :(

Tuesday, January 06, 2009

Kuning itu...bunga ini...



Suasana petang di Kem BTN Kundasang. Semasa saya bersiar-siar sekitar kem ini, saya ternampak satu kawasan yang dipenuhi bunga seperti ini. Cantik. Saya cuba mengambil posisi yang terbaik tetapi masalah kamera tetap menghantui saya.

Monday, January 05, 2009

Titi gantung atau tergantung...



Nampak titian ini bagaikan biasa dan tiada apa-apa perasaan tetapi buat pertama kali saya melalui titi gantung ini memang tergantung sangat-sangat. Perasaan berdebar dan gementar begitu menguasai diri. Tinggi tidaklah setinggi KLCC tetapi ragu-ragu dengan kekukuhan tali titi gantung ini. Gambar yang diambil ini hanyalah sekilas pergerakan sahaja. Tidak sempat untuk mengambil posisi yang menarik tetapi untuk pengalaman, gambar ini dapat mengingatkan saya dengan titi gantung ini.

Ladang...Teh dan Sabah



Cameron Highland...Tidak sama sekali hanya di sana sahaja ada ladang teh kerana buat pertama kalinya saya tahu di Malaysia masih ada lagi ladang teh iaitu di Sabah. Saya sempat mengambil gambar dengan cara saya untuk mendapatkan pemandangan yang cantik. Masih menggunakan kamera digital saya yang 'rosak'.

Anak sungai...dugaan



Kawasan anak sungai ini sebenarnya cantik untuk diambil gambar tetapi kesilapan saya meletakkan posisi kamera kerana agak sukar saya untuk mengambil gambar kali ini kerana bermulanya ketika gambar ini diambil, kamera saya telah bermasalah. Entah mana silapnya, kamera saya tidak dapat berfungsi dengan baik. Dugaan buat saya bermula.

Tepi jalan...



Tertanya-tanya, kemana saya ambil gambar ini. Masih menggunakan kamera digital kompak. Agak susah untuk saya dapatkan posisi kerana sudut yang saya ambil ini adalah antara laluan sibuk para pelancong dan memandangkan kamera yang saya gunakan hanyalah kamera 'biasa', saya mempercepatkan gerakan saya.

Friday, January 02, 2009

Kembali semula...



Kenangan antara kami mungkin tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Saya percaya bahawa setiap pertemuan itu akan disulami ingatan tulus dan kenangan abadi di dalam hati. Saya hampir tidak percaya bahawa saya akn berjumpa mereka semula tetapi inilah peluang untuk saya buktikan bahawa saya tidak lupa akan mereka.

Kenangan itu yang indah-indah belaka...



'Saya tiada ayat untuk menulis'... Itulah yang terfikir dalam otak saya. Saya hanya ada rindu pada keluarga angkat di Sabah. Keluarga angkat memang baru untuk saya. Tidak sangka kami dapat bersua semula. Inilah yang dikatakan kenangan yang indah.