Kadang-kadang, kita tidak dapat mengenali diri kita sendiri. Sedih atau gembira menjadi asam garam dalam kehidupan tetapi takut, takut adalah suatu perasaan yang amat digeruni. Takut kepada Yang Esa, takut akan mati. Tapi apa yang menghantui aku sekarang ialah takut akan difitnah, takut akan kejahatan, takut akan keburukan dan takut dengan bayang-bayang aku sendiri. Aku sedar aku lemah dan kerdil. Aku sedar aku masih lemah dan masih kecil dalam dunia ini. Tetapi mengapa ada orang yang merasakan dia besar? Mengapa masih ada orang yang menganggap dirinya lebih kuat daripada aku? Aku sedar, aku terjaga daripada lamunan mimpi. Aku masih lemah, aku masih kecil.
Thursday, March 26, 2009
Aku...diriku...atau saya...?
Kadang-kadang, kita tidak dapat mengenali diri kita sendiri. Sedih atau gembira menjadi asam garam dalam kehidupan tetapi takut, takut adalah suatu perasaan yang amat digeruni. Takut kepada Yang Esa, takut akan mati. Tapi apa yang menghantui aku sekarang ialah takut akan difitnah, takut akan kejahatan, takut akan keburukan dan takut dengan bayang-bayang aku sendiri. Aku sedar aku lemah dan kerdil. Aku sedar aku masih lemah dan masih kecil dalam dunia ini. Tetapi mengapa ada orang yang merasakan dia besar? Mengapa masih ada orang yang menganggap dirinya lebih kuat daripada aku? Aku sedar, aku terjaga daripada lamunan mimpi. Aku masih lemah, aku masih kecil.
Monday, March 23, 2009
Hari ini...dan esok....
Hari ini saya telah melakukan sesuatu yang amat bersejarah dalam hidup saya iaitu menghantar borang untuk semester depan. Saya doakan agar niat saya tercapai. Biarkan ia terlakar di dalam blog saya.
Saturday, March 21, 2009
Ayat....?
You can make complex ideas simple to understand -- so step up and be the leader.
'petikan ini diambil daripada horoskop friendster saya untuk hari ini.'
'petikan ini diambil daripada horoskop friendster saya untuk hari ini.'
Thursday, March 19, 2009
Masa dan hadapan...

Sedikit kesan khas diberikan untuk gambar ini. Entah apa yang saya fikirkan ketika itu. Mungkin sedikit falsafah hidup bermain dalam fikiran saya. Memandangkan pada waktu itu, saya memikirkan masa depan saya semasa belajar di UPSI sekarang. Banyak perkara perlu diambil berat dan dipandang serius. Bukan sekadar kuliah, tugasan malah tanggungjawab kepada keluarga. Rindu kepada keluarga di rumah menyebabkan saya agak berserabut dengan kehidupan di kampus. Sentiasa memikir ke depan, itulah corak yang bermain dalam fikiran saya.
Wednesday, March 18, 2009
Buat bakal permaisuriku...
andai rindu...tak kemana,
andai sayang...pada keluarga,
andai cinta...pada Ilahi,
andai kau...permaisuri hidupku....
norizzat johari
18 Mac 2009
-2:23-
norizzat johari
18 Mac 2009
-2:23-
Tuesday, March 17, 2009
Cetusan atau Contengan...

Mungkin agak keterlaluan dan tidak masuk akal kerana tulisan ini saya jumpai di dalam tandas masjid di mana selalu saya mengerjakan solat Jumaat. Mungkin kerana ingin meluahkan sesuatu terhadap sesuatu perkara dan menconteng dinding adalah satu tindakan tidak bermoral akan tetapi, apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah satu formula yang mungkin diaplikasikan daripada formula dalam sesebuah mata pelajaran sekolah digunakan untuk menghasilkan formula tentang kehidupan harian kita. Renungkanla...
Cetusan/renungan
Tahi = Najis
Dadah = Najis
Rokok = Dadah = Najis = Tahi
Perokok hisap tahi !
Henti lah Merokok !
BECA- Kami Production@Viscom UPSI
Menjadi tajuk Kami Production@Viscom UPSI, Beca. Saya selaku pengarah produksi dan merangkap jurukamera berasa bangga kerana berpeluang bersama rakan-rakan Kami Production merakam dokumentari tentang Beca. Satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sepanjang kami berada di Melaka. Berharap agar segala pergerakan dalam menghasilkan dokumentari Beca aka berjalan lancar dengan sokongan dan usaha seluruh krew Kami Production.Kembali semula...
Semakin hampir ke situ...
Hampir ke situ...mungkin semua orang tertanya-tanya kenapa saya kata hampir ke situ. Saya dapat rasakan bahawa saya telah hampir dengan penghujung sesebuah amanah atau tanggungjawab. Sebagai salah seorang pemimpin kepada rakan exco penerbitan, saya telah curahkan ilmu saya kepada mereka dan saya rasa setakat itu sahaja ilmu yang dapat saya kongsikan bersama mereka. Mungkin tidak cukup tetapi saya telah belajar dan memberikan ilmu tentang pengurusan dan penghasilan design-design. Sedih dan sayu juga hati ini nak melepaskan apa yang ada tetapi masa inginkan itu semua.
Monday, March 16, 2009
Membisu Kalam Hati...
Kadang kala kesunyian,
Sering kala keperitan,
Terhenti pencarian di ufuk kalam hati yang;
Yang terbenam bagai sepoi-sepoi bahasa,
Ditanya terdiam,
Yang bertanya terbisu,
Persoalan yang terjah bagai rintik-rintik hujan yang terhenti,
Ketika membisu kalam hati,
Ketika terdetik dihati,
Ketika itu jualah tomahan terhenti.
norizzat johari
15 OGOS 2007
Wednesday, March 11, 2009
Gembira....hati dan perasaan?
Sejak kebelakangan ini, saya berasa amat tenang kerana hati saya tenang. Mungkin kerana gembira dengan kehidupan saya yang agak kelam kabut dengan tugasan kuliah dan tugasan-tugasan kolej. Mungkin juga kerana saya sedang menghadapi saat-saat kemuncak tugasan sebagai seorang pelajar universiti. Disulami dengan hati yang agak tenang dan sedikit gembira dengan rakan-rakan disekeliling yang memahami. Disamping dia... :)
Thursday, March 05, 2009
Saturday, February 28, 2009
Teguh atau retak....?

Apakah yang ingin saya sampaikan melalui gambar ini? Mungkin memerlukan pemikiran yang kritis dalam menilai sesuatu pandangan. Kukuh dan masih teguh walaupun sudah terpecah sebahagian pasu. Bagi pemahaman saya, saya perlulah cekal dan tabah walaupun pernah mengalami perkara negatif dalam hidup saya. Jadikan setiap pengalaman manis dan pahit untuk mematangkan diri kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)