Saturday, August 09, 2008

Mungkinkah dia... PART 3

Masa memang berlalu dengan pantas. Tatkala aku sedang baru ingin menikmati pagi tetapi aku tidak sedar waktu sudah menandakan tengahari. Panas yang agak bahang menyebabkan aku terasa bagaikan terbakar dan tidak selesa. Mungkin tengahari ini aku tidak makan seperti kebiasaan kerana aku mulai terasa kekurangan sesuatu dalam hidup aku. Kebiasaan hidupku semenjak berada di dunia kampus ini sentiasa bersama insan istimewa. Mungkin terlalu awal aku rungkaikan perkara ini tetapi memang hakikatnya, setiap hari aku akan makan tengahari bersama-sama dia. Dia memang adalah seorang insan yang memahami aku. Kami mempunyai persamaan daripada segi selera makan. Pada asalnya, aku tidak tahu ada lagi insan yang meminati sejenis makanan Johor iaitu Begedil. Begedil ini adalah sejenis makanan campuran kentang, daging, ayam dan telur. Aku amat menggemari makanan ini dan selalu aku jadikan lauk tengahari. Hampir setiap hari, aku tidak jemu-jemu menikmati makanan yang sama. Selalunya, aku akan menjamu selera di sebuah kedai makan berdekatan dengan pintu belakang kampus.


Dia memang istimewa untuk aku. Kami memang selalu bergurau-gurau sambil menjamu selera di kedai makan tersebut. Aku memang suka menyakat dia dengan tidak memberikan begedil kepadanya. Pada masa itu, aku dapat melihat raut wajahnya yang ayu kerana merajuk akan tindakanku. Kemesraan yang tidak dapat aku gambarkan dan aku memang sayang dia. Segalanya telah berubah dan kini aku sudah keseorangan. Mungkin kenangan seperti itu sepatutnya aku sudah lupakan tetapi apakan daya. Selagi aku bernafas di Universiti Pendidikan Sultan Idris, aku akan sentiasa terkenang akan segala kenangan yang masih segar dalam ingatanku. Setiap waktu, setiap detik dan setiap masa aku berada dalam dunia kampusku, aku tidak mampu untu membohongi perasaanku untuk melupakan dia. Mungkin kerana aku terlalu sayang dia atau mungkin aku mengikutkan hatiku yang sentiasa memberontak. Aku memang sepatutnya cuba memberikan peluang kepada hatiku untuk mencari ruang dalam dunia asalku selama ini. Mungkin pedih dan sakit hatiku masih belum terubat tetapi aku perlu teruskan hidupku. Keadaan akan berubah dan situasi akan silih berganti dengan penuh cabaran dan harapan untuk aku tempuhi.

No comments: