Wednesday, September 03, 2008

Kolej Harun Aminurrashid pemegang rekod Malaysia baru 2008


Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, Prof. Madya Dr. Ahmad Zaidi bin Johari menerima sijil MBOR menandakan rekod telah berjaya. 

Pemegang MBOR-KHAR 2008


Warga kolej yang turut serta dalam majlis MBOR

Malaysia Book Of Records-Finale


Ketika majlis pengesahan Malaysia Book Of Records di Kolej Harun Aminurrashid.

Antara yang turut hadir

Simbolik upacara meletakkan tempurung terakhir

Tarian Hakka daripada PALAPES

Detik-detik sijil MBOR ditandatangani



Tuesday, September 02, 2008

Hari kedua Umat Islam Berpuasa...


B
elum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa kepada seluruh Umat Islam di dunia. Semoga bulan Ramadhan kali ini menjadi satu pintu masuk untuk memulakan kehidupan baru dan mendapat ketenangan. Selamat Berpuasa.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Malaysia Book Of Records-Volume 2


Ini adalah saat-saat sebelum pengesahan Malaysia Book Of Record Jalur Gemilang Terbesar Menggunakan Tempurung Kelapa.

Skuad Palapes turut bersama-sama menjayakan projek

Kerja-kerja baik-pulih warna tempurung


Penasihat Media KHAR merangkap Felo KHAR.

Mengecat semula warna yang pudar


Saturday, August 30, 2008

THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS-KHAR ATTEMPTING FOR THE BIGGEST JALUR GEMILANG MADE OF COCONUT SHELLS


KHAR-29 August 2008 was the history to Harun Aminurrashid of Collage becouse the attempting for The Biggest Jalur Gemilang Made of Coconut Shells in The Malaysia Book of Records.

Processing the coconut shells - clean it.

The Biggest Jalur Gemilang Made of Coconut Shells - view at 5th floor.

View at the KHAR court.

Jalur Gemilang is Malaysian flag.


* Thanks to all KHARians who support to finish the biggest Jalur Gemilang made of coconut shells. We also want to wish thank you to all media, Bernama, TV3, Sinar Harian, Utusan Malaysia and K-Perak to make a conference at KHAR.

Monday, August 25, 2008

Potret Diri




Ini adalah gambar daripada seorang jurugambar profesional UPSI, iaitu Encik Fisol. Beliau banyak membantu saya dalam mempelajari ilmu fotografi. Kebanyakkan gambar yang beliau ambil akan menjadi satu hasil karya yang menarik. Saya akan pamerkan gambar-gambar saya yang diambil oleh beliau.

Salam kembali...

Setelah beberapa minggu saya menyepikan diri, blog ini hampir terbiar. Selama seminggu saya bercuti dengan merehatkan diri bersama keluarga tercinta. Mungkin ramai tertanya-tanya, kenapa saya tidak aktif seperti dulu. Ini kerana saya cuba untuk menenangkan fikiran saya yang agak kusut dan alhamdulillah saya berjaya atasinya sebanyak 15% sahaja. Jadi, mulai hari ini, saya akan cuba memberikan yang terbaik semula kepada blog saya ini. Kini, saya akan lebih memberikan info tentang keadaan persekitaran di mana saya berada. Ini adalah kelainan yang akan saya bawa dalam blog saya ini. Terima kasih kerana sudi bersama untuk melayari blog saya ini.

Monday, August 18, 2008

mungkinkah dia...


Kadang-kadang keliru dengan sikap dia. Mungkin dia seorang yang agak riang? Mungkin dia seorang yang pendiam? Setiap kali memerhatikan dia, pasti senyuman terukir.... Mungkin dia yang akan cuba merubah segala-galanya? Tidak adil untuk kita meletakkan harapan sesuatu yang belum pasti dan tidak adil andai kata kita membiarkan sesuatu yang kita ingin miliki...akan datang...

Wednesday, August 13, 2008

Kemuncak Segala Gerakan Kuliah...

Huh...keluhan yang dapat saya lepaskan tetapi inilah realiti setiap kehidupan kampus. Pada ketika ini dan saat ini saya percaya semua sahabat kita yang hidup di kampus sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan. Mungkin ada yang tidak tidur dan mungkin ada yang sudah tidur awal untuk bangun awal bagi menyiapkan tugasan yang hendak dihantar sebelum hujung minggu ini. Saya? Saya juga sama dengan keadaan sahabat-sahabat saya tetapi saya cuba membuatkan diri saya tenang (sebenarnya resah) dan saya rasa perlukan sedikit ruang untuk menyiapkan tugasan yang menimpa diri saya. Masa ini, saya sedang merangka tugasan yang perlu disiapkan dan yang perlu diteliti. Perancangan yang rapi kerana disaat akhir ini adalah masa yang tidak sesuai untuk serabutkan kepala saya dengan aktiviti lain. Kepada sahabat kampus saya di luar sana, semoga berjaya.

Monday, August 11, 2008

With somebody...


Mungkin bagi sesetengah orang amat mengenali beliau. Seorang pendawah bebas di Malaysia yang saya kurang kenali. Pada mulanya, saya tidak berapa kenal dengan seorang ustaz yang dulunya adalah seorang penyanyi rock dan sekarang telah menjadi seorang pendakwah Islam. Sungguh besar hidayah-Nya. Ketika gambar ini dirakam, jujur saya katakan, saya memang tidak kenal beliau dan selepas saya mendengar ceramah agama yang diberikan, saya tertarik dan ingin cuba mengenal sedikit tentang latar belakang beliau. setelah diselidik, barulah saya tahu siapa beliau sebenarnya. Dan ketika ini juga, beliau belum lagi popular seperti yang ada sekarang. Gambar ini dirakam pada linkungan dalam tahun 2006. Pada masa itu, saya telah berada di semester akhir Diploma. Kini, beliau telah menjadi seorang pendakwah yang cukup popular dan saya sendiri tidak tahu bila saya berpeluang akan berjumpa beliau lagi. Apapun, saya mengucapkan tahniah kepada beliau kerana masih boleh bertahan sehingga sekarang.

EarLy MondaY of Me...

Maybe the first time i type this post in the early morning at 12.17 AM...Somehow, i really tired to write the post but when i think to my viewer, they maybe want something neW and maybe something intresting to see. That`s why i try to place the new different picture in my blog. Maybe, starting tomorrow, i will be slow updating this blog becouse i must settle all my assignment quickly. I hope to all my viewer, stay tune and always visit to my blog maybe after 2 or 3 days later. To make you all dont disappoint with my blog later. I`m promise, after 3 day i will update my blog as soon as posible with new picture and story. Anythings, thanks a lot.

Sunday, August 10, 2008

SUNDAY TO ME...

Today i`m very tired and so bz with doing an assignment becouse tomorrow i must pass up the assignment. Maybe i not have enought time to do all but i`ll try my best. This night my colleage have the ceremony, Majlis Perasmian Penutupan Super KHAR III. Me, i will be the technical crew and i will do the best for this night ceremony. Anything else? I hope i will be strong to infront of any situation after this, thats all to me.

Saturday, August 09, 2008

Mungkinkah dia... PART 3

Masa memang berlalu dengan pantas. Tatkala aku sedang baru ingin menikmati pagi tetapi aku tidak sedar waktu sudah menandakan tengahari. Panas yang agak bahang menyebabkan aku terasa bagaikan terbakar dan tidak selesa. Mungkin tengahari ini aku tidak makan seperti kebiasaan kerana aku mulai terasa kekurangan sesuatu dalam hidup aku. Kebiasaan hidupku semenjak berada di dunia kampus ini sentiasa bersama insan istimewa. Mungkin terlalu awal aku rungkaikan perkara ini tetapi memang hakikatnya, setiap hari aku akan makan tengahari bersama-sama dia. Dia memang adalah seorang insan yang memahami aku. Kami mempunyai persamaan daripada segi selera makan. Pada asalnya, aku tidak tahu ada lagi insan yang meminati sejenis makanan Johor iaitu Begedil. Begedil ini adalah sejenis makanan campuran kentang, daging, ayam dan telur. Aku amat menggemari makanan ini dan selalu aku jadikan lauk tengahari. Hampir setiap hari, aku tidak jemu-jemu menikmati makanan yang sama. Selalunya, aku akan menjamu selera di sebuah kedai makan berdekatan dengan pintu belakang kampus.


Dia memang istimewa untuk aku. Kami memang selalu bergurau-gurau sambil menjamu selera di kedai makan tersebut. Aku memang suka menyakat dia dengan tidak memberikan begedil kepadanya. Pada masa itu, aku dapat melihat raut wajahnya yang ayu kerana merajuk akan tindakanku. Kemesraan yang tidak dapat aku gambarkan dan aku memang sayang dia. Segalanya telah berubah dan kini aku sudah keseorangan. Mungkin kenangan seperti itu sepatutnya aku sudah lupakan tetapi apakan daya. Selagi aku bernafas di Universiti Pendidikan Sultan Idris, aku akan sentiasa terkenang akan segala kenangan yang masih segar dalam ingatanku. Setiap waktu, setiap detik dan setiap masa aku berada dalam dunia kampusku, aku tidak mampu untu membohongi perasaanku untuk melupakan dia. Mungkin kerana aku terlalu sayang dia atau mungkin aku mengikutkan hatiku yang sentiasa memberontak. Aku memang sepatutnya cuba memberikan peluang kepada hatiku untuk mencari ruang dalam dunia asalku selama ini. Mungkin pedih dan sakit hatiku masih belum terubat tetapi aku perlu teruskan hidupku. Keadaan akan berubah dan situasi akan silih berganti dengan penuh cabaran dan harapan untuk aku tempuhi.