Wednesday, November 19, 2008

Buku ayahanda saya...Terbitan UPSI


Ini adalah antara penerbitan ayahanda saya tercinta. Beliau amat menggemari bidang penulisan walau pada hakikatnya beliau menaip bukan menulis. Saya teringat pada waktu saya masih kecil lagi, mesin menaip (typewriter) jenis lama menjadi pemangkin semangat ayahanda saya untuk menulis. Kini, ayahanda saya telah menulis dan mengarang hanya menggunakan sebuah komputer dan semakin banyak buku yang bakal diterbitkan. Tahniah buat ayahanda saya kerana esok, 20 November 2008 adalah tarikh keramat kami sekeluarga kerana ayahanda saya berjaya menamatkan pengajian hingga peringkat tertinggi dalam bidang pendidikan akademik. Tahniah dan semoga perjuangan akan berterusan.

Monday, November 17, 2008

KELAB MEDIA UPSI



UPSI-Tanggal 15hb November 2008 hari Sabtu, Kelab Media UPSI telah mengadakan Mesyuarat Penajaan Kelab Media UPSI. Berkat semangat dan sokongan padu daripada sahabat-sahabat yang dikalangan daripada pelbagai kos, Kelab Media UPSI bertapak di UPSI. Dengan sokongan hampir 30 orang ahli, Kelab Media UPSI akan memulakan langkah baru bermula semester depan dengan pelbagai aktiviti yang juga akan melibatkan semua pelajar UPSI kerana objektif Kelab Media UPSI adalah untuk menaikkan nama UPSI seterusnya menyatukan semua pelajar UPSI dalam mengharumkan nama UPSI. Diharap kepada semua pelajar UPSI akan terus menyokong perjuangan Kelab Media UPSI.

Friday, November 14, 2008

Kawan dan teman...



Kepada semua rakan seperjuanganku, 
aku berharap agar kita tetap berjuang dengan penuh keikhlasan 
dan kerana itu kita tetap bersama 
bukan kerana kawan tetapi kerana hubungan kita sebagai kawan. 
Andai kata kita berpisah dan anggaplah perpisahan itu adalah yang terbaik buat kita 
kerana ia boleh membuatkan kerinduan untuk kita 
dan jika kerana perpisahan kita tidak berjumpa, 
anggaplah itu adalah tanda kita sudah bahagia disamping orang yang tersayang.

Monday, November 10, 2008

Ketenangan selepas Eidulfitri 1429-Kedah



Kita tenangkan fikiran kita sebentar dengan melihat pemandangan yang hijau dang menyegarkan. Gambar ini diambil oleh ayahanda saya yang tercinta. Beliau menggemari gambar-gambar pemandangan dan kebetulan, sehari selepas cuti raya Eidulfitri habis, saya bersama ayahanda dan ibunda saya ke Kedah untuk melawat kematian dan gambar ini menggambarkan kesedihan yang ayahanda saya alami ketika itu.

Media UPSI-Mendapat restu Dato' Naib Canselor UPSI


UPSI- Baru-baru ini, saya selaku wakil Media UPSI turut bersama menyaksikan majlis watikah MPP UPSI. Sehubungan dengan itu, saya telah mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Dato' Naib Canselor untuk memaklumkan dengan penubuhan Kelab Media UPSI. Dato' Naib Canselor melahirkan rasa bangga beliau dan merestukan penubuhan Kelab Media UPSI. Insyaallah Kelab Media UPSI akan dilancarkan pada tahun hadapan.


Perbincangan ringkas antara saya bersama-sama Dato' Naib Canselor dan Mantan YDP MPP 07/08 berhubung dengan hala tuju MPP baru dan Media UPSI bersama-sama mengharumkan nama UPSI.


Memaklumkan kepada Dato' Naib Canselor tentang penubuhan Media UPSI bagi merealisasikan Warta Kampus sebagai akbar UPSI yang mantap. Saya berharap dengan sokongan yang diberikan daripada Dato' Naib Canselor kepada Media UPSI akan melahirkan rasa semangat dan keyakinan kepada semua ahli Media UPSI.

Antara tiga darjat-Mantan, YDP dan ...



Mungkin inilah dikatakan kuasa dan 'pemerintahan' Sidang MPP. Saya berharap agar saya dapat menjadi seorang pemimpin yang baik seperti mereka. Kagum dengan ciri-ciri kepimpinan mereka dan berharap agar suatu hari nanti saya akan sama seperti mereka. Untuk menjadi seorang pemimpin bukanlah senang malah menjadi tanggungjawab kepada semua yang telah memilih kita sebagai pemimpin. Akan datang...akan datang...

Tempat kelahiranku...



Apabila melihat pemandangan ini, saya akan teringat akan waktu saya kecil dahulu. Mungkin susah saya hendak rungkaikan tentang kenangan dan saya harap gambar ini dapat menggambarkan semua, hampir semua. Gambar ini diambil menggunakan kamera digital dan ketika itu masih diawal pagi.

Sunday, November 09, 2008

Hampir ke puncak...2007



Pemandangan yang disukar untuk saya ambil kerana saya terpaksa mengharungi pelbagai rintangan untuk sampai ke tempat ini. Pada mulanya saya rasakan saya tidak mampu untuk sampai ke atas tetapi berkat doa dan semangat membuatkan saya gagah untuk sampai ke tahap ini dan adalah detik setibanya saya di hentian ini.

Watikah Perlantikan MPP Sidang 2008/09

Penyerahan tugas MPP UPSI

Penyerahan tugas yang diantara Mantan YDP MPP Sidang 2007/08 dan YDP MPP Sidang 2008/09 selamat diserahkan dihadapan Naib Canselor UPSI, Prof. Dato' Dr. Aminah binti Ayob pada 8 November 2008. Majlis juga menyaksikan MPP Sidang 2008/09 berikrar dan berjanji. Bermulanya tugas MPP yag baru dilantik untuk memperjuangkan kebajikan para pelajar. Semoga berjaya.


Melafaz ikrar dan janji oleh MPP UPSI 2008/09

Thursday, November 06, 2008

Kerusi...



Antara tanggungjawab dan jawatan, suatu perkara yang rumit untuk dirungkaikan. Bagi mereka yang sudah merasai kerusi seorang pemimpin, anda akan dapat rasakan satu kekuatan dan kelemahan yang bakal kita akan terima semasa dan setelah jawatan disandang. Bagi saya, seseorang pemimpin haruslah bersikap bebas dalam melaksanakan apa-apa tindakan. Bebas untuk bersuara kerana pemimpin yang membuat keputusan. Berat tugas sebagai seorang pemimpin.

Tuesday, November 04, 2008

"KEPERIBADIAN TERSERLAH PEMIMPIN MAHASISWA"-Kem PRS 2008/09



Kursus Asas Fasilitator Pembimbing Rakan Sebaya 2008/09 bertemakan 'Keperibadian Terserlah Pemimpin Mahasiswa' diadakan selama dua hari satu malam di Kem Desa Selesa, Hulu Bernam. Disertai seramai 120 peserta daripada pelbagai jurusan dan diselia oleh tiga orang instruktor PRS. Saya diberi kepercayaan untuk membimbing kumpulan 10 dan saya berbangga dengan ahli kumpulan saya kerana mereka begitu bersemangat dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Sunday, November 02, 2008

Bersama pengarah program-PRS 2008/09



Saya bersama Pengarah Program Kem PRS 2008/09. Beliau sungguh aktif dan berbakat dalam bidang pengurusan program. Tahniah diucapkan dan gembira dapat berkerjasama dengan beliau. Saya selaku ajk Media menjalankan tugas dengan baik. Tahniah buat PRS 2008/08.

Semoga berjaya buat kawan-kawan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan semoga berjaya kepada semua rakan-rakan yang sedang mengikuti pelajaran di seluruh universiti yang bakal menjalani ujian akhir dalam beberapa hari lagi.