Monday, June 30, 2008

MINGGU SUAI KENAL-KOLEJ HARUN AMINURRASHID UPSI 2008

Pada 29 Jun 2008, sesi pendaftaran pelajar baru telah dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi ambilan Julai 2008/09. Bagi sesi pendaftaran kolej kediaman, Kolej Harun Aminurrashid menjadi tuan rumah bagi pendaftaran pelajar baru untuk kolej kediaman Harun Aminurrashid dan Ungku Omar.

pos bersih...sekolah orang asli


Sempat saya mengambil gambar semasa saya bersiar-siar di sekitar Sekolah Pos Bersih. Sebuah sekolah untuk orang-orang asli.

pangkor...


Ini adalah salah satu gambar yang sempat saya ambil tetapi masih kurang memuaskan.

Friday, June 27, 2008

MINGGU SUAI KENAL-KOLEJ HARUN AMINURRASHID UPSI


Sekali lagi suasana meriah akan datang semula pada 29 Jun 2008. Mengenangkan kembali sewaktu saya mendaftar di Kolej Harun Aminurrashid. Kini, detik itu akan kembali tetapi bukan saya mendaftar tetapi pelajar baru ( junior saya ). Selamat datang dan semoga kita semua menjadi seseorang untuk masa depan.


hari pendaftaran...


dipenuhi ibu bapa dan keluarga...

bermula MSK...

KOLEKSI SAJAK

MEMBISU KALAM HATI
Kadang kala kesunyian,
sering kala keperitan,
terhenti pencarian di ufuk kalam hati yang;
yang terbenam bagai sepoi-sepoi bahasa,
ditanya terdiam,
yang bertanya terbisu,
persoalan yang terjah bagai rintik-rintik hujan
yang terhenti,
ketika membisu kalam hati,
ketika terdetik dihati,
ketika itu jualah tomahan terhenti.

Thursday, June 26, 2008

sajak untuk kemerdekaan...

METAFORA PERJUANGAN
Meniti hari,
Membilang waktu dan saat,
Tatkala perjuangan belum selesai,
Tatkala hati dicengkam
Keperitan,
Tindihan hujan pengorbanan,
Disulami rintihan anak kecil yang menangis,
Setiap titisan air mata yang menangis itu
Menjadi sejarah yang hilang
Tetapi
Telah menjadi kekuatan perlawanan
Pentas peperangan yang bahagia
Watak permainan senjata
Dan percikan bunga api yang menusuk diri
Pengorbanan yang tiada titik noktah
Perjuangan yang tiada hentian persinggahan
Membawa martabat
Maruah keperibadian
Detiknya semula
Metafora perjuangan ini
Yang hadir dan
Hampir kepada kemenangan

menikmati sesuatu...


Mungkin beliau tidak sedar dengan gambar ini. Saya cuba meneliti pergerakan beliau dan beberapa kali saya cuba menangkap gambar beliau yang sedang menikmati minuman.

Wednesday, June 25, 2008

gaya bebas sahabat saya...ke Pangkor


Mulai sekarang, saya akan cuba menunjukkan gambar-gambar potrait yang sempat saya ambil. Mungkin susah kerana saya masih baru belajar.

Sunday, June 22, 2008

bersama keluarga angkat...rindu pulak...


Ini adalah keluarga angkat saya yang berasal dari Sabah. Memang sukar untuk saya gambarkan bahawa saya gembira semasa tumpang bermalam di rumah mereka. Mereka adalah sebuah keluarga yang dipenuhi kegembiraan dan kasih sayang. Ini adalah keluarga angkat saya yang pertama di Sabah. Saya sentiasa mendoakan mereka agar sentiasa dalam keadaan baik dan ceria selalu.

Wednesday, June 18, 2008

Tak sempat nak amik gambar...


Gambar ini memang saya ambil di Lubuk Kawah, lokasi kursus fotografi saya. Mungkin rasa sedikit kecewa kerana saya tidak dapat mendapatkan gambar penuh. Masih mengekalkan teknik dan kamera digital yang sama. Mungkin rakan-rakan saya juga ada mengambil gambar haiwan ini juga tetapi saya percaya ianya dari sudut yang berlainan.

Monday, June 16, 2008

eye on nature 2....

Pameran eye on nature 2 adalah pameran pelajar viscom batch 2007/08 yang pertama. Saya telah diberikan amanah dan tanggungjawab sebagai pengarah program untuk pameran ini. Video ini hanyalah sekadar intro untuk montaj krew.

mungkin realiti...


Kebanyakkan tempat yang saya pergi sekarang banyaknya bersama rakan-rakan. Dan ada pula bersama famili sebab sekarang ini banyak masa saya bersama hidup di kampus. munkin bagi kawan-kawan saya yang melihat gamar ini akan tahu di mana gambar ini di ambil.
Melihatkan sungai dan bot atau sampan di tepian. Masih mengekalkan teknik yang sama, kamera digital yang sama, shot ini masih menarik perhatian saya. Mungkin bagi sesetengah pihak kurang selesa dengan hasil gambar ini kerana mereka mungkin membeli kamera jenis SLR tetapi hasilnya masih tidak memberansangkan. Bagi saya, gambar ini ada banyak kelemahan dan susah untk dinilai kerana terdapat ciri-ciri yang tidak berapa elok jika diperhati secara teliti. Saya gemar mengambil gambar yang mempunyai keunikan tersendiri.
Dan saya semdiri masih banyak belajar dengan alam sekeliling saya. Lambat dan susah adalah cabaran saya. Ketelitian dan kesungguhan adalah cara saya dan kreatif serta keunikan adalah percubaan saya. Mungkin untk menambahkan lagi iLmu didada, saya harus pergi ke mana-mana tempat yang lebih mencabar. Saya akan mencuba mencari sesuatu kelainan.

Friday, June 13, 2008

Di manakah saya pergi sebenarnya...


Pernah saya melihat gambar seperti ini di dalam majalah-majalah atau foto-foto yang diambil oleh juru kamera profesional. Dan kini saya telah mampu memiliki gambar ini dengan sendiri. Gambar ini diambil semasa saya di semester 6 semasa diploma dahulu. Jadi,sesuatu yang agak unik bagi saya kerana ada idea untuk mengambil foto seperti ini.rupanya saya ada bakat untuk mengambil foto yang cantik, bagi saya. Dan agak membanggakan, gambar ini diambil menggunakan kamera digital.
Memang susah untuk dipercayai tetapi itulah hakikat. Saya mampu mengambil foto-foto setanding juru foto profesional. Mengapa saya berkata demikian? Sebab saya masih belum mampu memiliki kamera jenis SLR. Dan saya masih dalam proses belajar. Masih banyak perkara dan selok belok tentang fotografi ini perlu saya belajar. Selain gambar-gambar pemandangan, saya jga minat dengan gambar-gambar individu atau manusia.
Tetapi saya perlu mendapatkan keizinan individu tersebut untuk mempamerkan gambar-gambar beliau ke dalam blog saya ini. Selepas ini, saya akan cuba mempamerkan hasil kerja saya yang lebih menarik. Terima kasih.

Wednesday, June 11, 2008

anda masih ingat bekas sekolah anda?

Mengapakah kita perlu mengingati sekolah di mana kita mendapat pendidikan sebelum kita menjejakkan kaki ke menara gading?
Itulah persoalan yang bermain di dalam fikiran kita sekarang. Kini ramai graduan universiti yang telah berjaya dengan kareer masing-masing telah lupa kepada sekolah masing-masing. Jika kita ingat semula kenangan semasa di sekolah menengah dan sekolah rendah, sudah pasti kita akan tersentuh hati dengan situasi atau keadaan seorang guru yang cuba mendidik murid mereka supaya paham tentang apa yang dipelajari.

Masa kini, sekolah telah menjadi satu institusi yang melahirkan bakal-bakal graduan di universiti. Bukan sekadar tempat belajar malah menjadi satu tempat membina insaniah dalam diri pelajar. Bagi pendapat saya, kita perlu berkunjung semula ke sekolah lama kita untuk mengetahui perkembangan pendidikan sekolah tersebut. Sebagai contoh, kita cuba menemui guru-guru yang pernah mendidik kita suatu ketika dahulu, bertanya khabar dan memberitahu status kehidupan kita yang terkini dan ini akan membuatkan guru kita akan gembira dengan pencapaian yang kita kecapi sebagai bekas pelajar mereka.

Apabila seorang guru melihat bekas pelajarnya yang telah berjaya, ini akan melahirkan satu semangat yang baru dalam diri mereka dan akan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk terus mencurahkan ilmu. Ini antara cara kita untuk membalas jasa kepada sekolah lama kita.Selain itu, kita sebagai siswazah boleh memberikan sumbangan dalam bentuk motivasi kepada murid-murid sekolah tersebut. Ini adalah satu pendekatan yang boleh memberi kesan positif kepada murid-murid sekolah untuk terus berusaha hingga berjaya seperti kita.

pengenaLan terhadAp gambAr2 saYa...

Salam...
sebelum saya mulakan bicara saya, suka saya ingin katakan bahawa saya rase gembira dengan terhasilnya blog saya ini kerana saya tak sangka saya boleh menghasilkan sebuah blog walaupun tak seberapa.
pengenalan terhadap hasil karya saya.
sepanjang hidup saya, tidak pernah saya terfikir untuk dapat mengambil gambar2 seperti yang terpapar ini. ini kerana saya hanya dapat lihat gambar2 yang lawa dan 'cun' di wallpaper komputer.
dan sekarang, saya sendiri mampu mengambil gambar seperti itu. Alhamdulillah.
fakta tentang gambar2 ini pula.
kebanyakkan gambar yang saya ambiL itu adalah menggunakan kamera digitaL. PERCAYA ?
itulah hakikatnya. saya cuba sesuatu kelainan dalam menghasilkan karya yang lain dari yang lain. sebenarnya saya masih belum mampu untuk memiliki kamera jenis SLR, jadi, saya telah menggunakan sebaik mungkin kamera yang dipinjam daripada ayahanda saya tercinta.
saya percaya dan yakin bahawa saya mampu lakukan apa saja dengan hanya menggunakan kamera digital.
wassalam.

Tuesday, June 10, 2008

selamat datang ke blog saya...

Saya baru je buka blog ni agar saya boleh mencari lebih banyak inspirasi dan mendapat pendapat dan komen daripada yang sudi...