Wednesday, January 14, 2009

Yang ke-24...


Genap post ke-24 untuk blog ini dan saya selaku pemilik blog ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelawat-pelawat blog yang setia mengikuti blog saya. Saya juga ingin menyatakan bahawa angka 24 untuk saya pada tahun ini adalah istimewa untuk saya dan saya berharap agar tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Saya juga berasa bangga setelah hampir setengah tahun saya melalui perjalanan dunia blog ini dengan persiapan selama satu setengah tahun sebelum terhasilnya Norizzat Design@Blogspot. Saya berharap saya akan terus memberikan terbaik untuk tatapan semua.

ISLAM TIDAK BERSATU !!! KERANA ITU ALLAH TURUNKAN BALA !!!

Sekali lagi saya cuba untuk mendapatkan jawapan kepada keresahan dunia. Dan ini adalah jawapan yang ditunggu-tunggu. Kepada rakan-rakan saya, tolong sebarkan perkara ini untuk renungan bersama. Hanya dengan cara ini kita dapat bersatu selamanya.


Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujukhttp://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Bahan atau maklumat...cerita


Entah kenapa untuk tahun 2009 ini, blog saya dilimpahi dengan pelbagai cerita. Mungkin kerana terla banyak bahan dan saya cuba menyekat setiap posting yang sepatutnya. Saya berharap agar apa yang saya hantar di dlaam blog ini ada pengertiannya dan maksud setiap tajuk-tajuk yang saya letakkan. Kepada rakan-rakan yang sekarang ini bergiat aktif dengan penulisan blog, saya ucapkan tahniah dan berharap agar kita sama-sama teruskan minat dan objektif terhasilnya blog ini.

Mungkin saya terpaksa menyekat sedikit bahan-bahan saya kerana untuk bulan Januari sahaja, saya telah menghantar 22 post blog dan ini telah melebihi daripada had asal iaitu 15 post blog sahaja. Mungkin kerana bahan yang tidak tersusun atau saya ingin menjadikan blog saya antara blog yang aktif. Diharapkan kepada sesiapa yang melawat blog saya, memberikan pandangan dan nasihat kepada saya untuk rujukan saya tentang perkara ini.

Akhir sekali, Saya menantikan bulan Februari dengan penuh cerita dan perjalanan hidup saya ini akan saya terus abadikan sedikit didalam blog ini. Perkongsian cerita perjalanan hidup lebih menarik jika dikongsikan bersama insan lain.

Ikatan dua hati...



Buat sahabatku Shahrizan dan Izzati, saya doakan agar kamu berdua bahagia dan saya mohon maaf kerana tidak dapat berkunjung semasa kamu bertunang. Saya abadikan warkah ini dalam blog saya agar menjadi saksi bahawa saya ambil berat dengan kamu berdua. Kamu berdua adalah junior yang terbaik penah saya kenal.

Tuesday, January 13, 2009

i LiKe MAT REMPIT !!! hehehehehe.. :)



*Kepada semua budak-budak yang suka membonceng dengan bukan muhrim, ini salah satu sedutan filem KHAS buat semua golongan itu.

Pengarah dan program masyarakat...



Saya bersama pengarah program dan timbalan pengarah program Baktisiswa. Entah bila saya akan menjadi pengarah program dan mungkin sehingga habis sidang JMK 08/09 ini, saya tidak akan merasa menjadi pengarah program yang melibatkan masyarakat umum. Tetapi, saya berbangga kerana dapat memberikan komitmen kepada program.

Tumpuan atau kesabaran...



Mungkin sedikit tumpuan semasa saya menghasilkan lukisan ini dan begitu kyusuk. Waktu ketika itu menunjukkan jam 3 pagi dan saya bersama rakan-rakan lain cuba menyiapkan tugasan kami. Saya buat pertama kalinya melukis lukisan catan dan alhamdulillah saya berjaya menyiapkan lukisan ini. Kesabaran dan ketekunan menjadi prinsip saya ketika itu.

Monday, January 12, 2009

Diamanahkan...


Ini adalah antara rakan-rakan seperjuangan saya bermulanya tahun 2008 sehingga kini. Apa yang boleh dibanggakan dengan jawatankuasa ini, kekuatan yang tidak dapat ditandingi kerana masih kukuh berdiri dan teguh dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Saya berbangga berada dalam jawatankuasa ini dan saya berharap saya dapat meneruskan tugasan saya sebagai siswa universiti.

Unit-unit jawatan...


Sekali lagi kenangan bersama rakan-rakan semasa memegang jawatan sebagai Jawatan Kuasa Suaikenal 2008/09. Sebagai ketua unit Dokumentasi dan Publisiti, saya bersama-sama tiga orang lagi rakan saya iaitu Duan, Acap dan Maria (satu-satunya wanita) bekerjasama dalam menjayakan PSK (Program Suai Kenal) UPSI. Di dalam gambar ini, saya bersama Duan dan dua orang daripada Unit Kebajikan.

Entah kenal entah tidak...



Kenangan semasa berada di Sabah tidak akan saya lupakan. Bersama beberapa orang daripada universiti lain dalam menyertai program bersama UMS.

Hana sayang...



Kembali semula kecerian anak angkat saya. Agak lama saya tidak bertemu dengan Hana dan baru-baru ini Hana datang ke salah satu majlis yang dianjurkan oleh kolej kediaman saya. Semakin bijak berkata-kata dan kini Hana sudah fasih memberi salam kepada semua orang. Saya juga tumpang gembira dengan keceriaan yang ditunjukkan oleh Hana. Keceriaan daripada anak kecil akan memberikan seribu kebahagian kepada ibu bapanya. Tahniah Ustaz Fauzi dan isteri.

Sunday, January 11, 2009

Tepian lanai...



Sedikit sebanyak saya mampu mengambil gambar dengan idea saya sendiri untuk menghasilkan gambar yang berkualiti. Agak sukar untuk saya mencari posisi gambar ini tetapi alhamdulillah saya berjaya setelah beberapa kali menangkap gambar ini. Bagaimana pendapat anda pula dengan gambar ini?

Tidak pasti...



Sentiasa ingin mecari ketenangan dalm melakukan sesuatu perkara. Saya masih mencuba pelbagai teknik gambar agar menampakkan kelainan tetapi masih mendapat kebuntuan. Mungkin kerana ilmu dalam fotografi saya masih kurang dan perlu ditambah lagi. Masih menggunakan kamera kompak. Hasil gambar yang tidak berapa menarik tetapi masih boleh berpuas hati dengan hasil gambar ini.

Wednesday, January 07, 2009

Kekuatan...kesabaran...iman...


dipetik daripada sumber :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20090106004015/Article/index_html

Astaghfirullah... Tidak terkata apabila saya melihat gambar ini. Sayu,pilu dan saya cuba bayangkan jika saya ditempat mereka. Untuk pertama kali saya memasukkan cerita dunia sekarang ke dalam blog saya kerana tidak dapat menahan sebak apabila terpandang gambar ini. Blog saya ini bukanlah untuk mencari publisiti ke atas kekejaman dunia tetapi kerana kali ini, saat ini, kekejaman ini terlalu melampau sepanjang hidup saya di muka bumi Allah ini. Sepanjang penglibatan saya dalam blog, saya tidak berhajat untuk menyiarkan kes-kes dunia kerana saya percaya terlalu banyak blog yang menyiarkan tentang kekejaman terhadap Islam di dunia. Jadi, ini adalah artikal pertama dan saya berharap ini adalah artikal terakhir tentang kekejaman terhadap Islam yang akan tersiar dalam blog saya. Untuk menggambarkan betapa sedihnya saya dan kecewa dengan apa yang berlaku sekarang, saya menyiarkan artikal ini. Semoga Allah disamping semua umat Islam dan memberikan kekuatan kepada umat Islam seluruh dunia. Amiiiinnnnnnnnn.... :(

Tuesday, January 06, 2009

Kuning itu...bunga ini...



Suasana petang di Kem BTN Kundasang. Semasa saya bersiar-siar sekitar kem ini, saya ternampak satu kawasan yang dipenuhi bunga seperti ini. Cantik. Saya cuba mengambil posisi yang terbaik tetapi masalah kamera tetap menghantui saya.

Monday, January 05, 2009

Titi gantung atau tergantung...



Nampak titian ini bagaikan biasa dan tiada apa-apa perasaan tetapi buat pertama kali saya melalui titi gantung ini memang tergantung sangat-sangat. Perasaan berdebar dan gementar begitu menguasai diri. Tinggi tidaklah setinggi KLCC tetapi ragu-ragu dengan kekukuhan tali titi gantung ini. Gambar yang diambil ini hanyalah sekilas pergerakan sahaja. Tidak sempat untuk mengambil posisi yang menarik tetapi untuk pengalaman, gambar ini dapat mengingatkan saya dengan titi gantung ini.

Ladang...Teh dan Sabah



Cameron Highland...Tidak sama sekali hanya di sana sahaja ada ladang teh kerana buat pertama kalinya saya tahu di Malaysia masih ada lagi ladang teh iaitu di Sabah. Saya sempat mengambil gambar dengan cara saya untuk mendapatkan pemandangan yang cantik. Masih menggunakan kamera digital saya yang 'rosak'.

Anak sungai...dugaan



Kawasan anak sungai ini sebenarnya cantik untuk diambil gambar tetapi kesilapan saya meletakkan posisi kamera kerana agak sukar saya untuk mengambil gambar kali ini kerana bermulanya ketika gambar ini diambil, kamera saya telah bermasalah. Entah mana silapnya, kamera saya tidak dapat berfungsi dengan baik. Dugaan buat saya bermula.

Tepi jalan...



Tertanya-tanya, kemana saya ambil gambar ini. Masih menggunakan kamera digital kompak. Agak susah untuk saya dapatkan posisi kerana sudut yang saya ambil ini adalah antara laluan sibuk para pelancong dan memandangkan kamera yang saya gunakan hanyalah kamera 'biasa', saya mempercepatkan gerakan saya.

Friday, January 02, 2009

Kembali semula...



Kenangan antara kami mungkin tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Saya percaya bahawa setiap pertemuan itu akan disulami ingatan tulus dan kenangan abadi di dalam hati. Saya hampir tidak percaya bahawa saya akn berjumpa mereka semula tetapi inilah peluang untuk saya buktikan bahawa saya tidak lupa akan mereka.

Kenangan itu yang indah-indah belaka...



'Saya tiada ayat untuk menulis'... Itulah yang terfikir dalam otak saya. Saya hanya ada rindu pada keluarga angkat di Sabah. Keluarga angkat memang baru untuk saya. Tidak sangka kami dapat bersua semula. Inilah yang dikatakan kenangan yang indah. 

Dija dan Irfan...Kak Ina



Beliau sering berhubung dengan saya selepas saya menjadi anak angkat keluarga beliau pada akhir tahun 2007. Mungkin ditakdirkan jodoh pertemuan saya dengan beliau agak rapat, sekali lagi saya berjumpa dengan keluarga beliau pada akhir tahun 2008. Mungkin ini yang dikatakan pertemuan yang mengundang kenangan abadi. Kak Ina memang kerap menghantar sms kepada saya dan mengambil berat tentang saya. Anak Kak Ina, Dija dan Irfan masih mengingati saya.

Thursday, January 01, 2009

Kembali hatiku terusik...



Mungkin teringat seperti mimpi apabila melihat gambar ini dan menjadi satu kenangan yang datang kembali. Salah satu tempat yang menjadi titik ingatan saya kepada keluarga angkat di Sabah. Akan saya kongsikan bersama detik saya bertemu keluarga angkat di Sabah.

Selamat Tahun Baru 2009


Assalamualaikum dan Salam Bahagia sebagai pembuka tirai 1430H