Monday, July 27, 2009
Sudut...
Friday, July 24, 2009
Selamat hari lahir buat seorang insan yang begitu istimewa dalam gambar ini. Beliau sememangnya istimewa dalam keluarga dan rakan-rakan. Apa yang boleh saya katakan, beliau istimewa. Bersempena hari lahirnya yang ke-22, saya doakan agar dia sentiasa ceria dan mampu memberikan senyuman. Dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan baik dalam kesihatan. Adapun setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya dan saya percaya apa yang berlaku pada beliau sebelum ini akandatang hikmahnya. Saya sentiasa memberikan sokongan dan sentiasa berada dibelakang beliau sehingga tamat belajar kelak. Pasti rindu akan teman-teman seperjuangan. keluarlah ungkapan 'sama-sama susah dan sama-sama senang' bila bercakap tentang perhubungan dalam persahabatan.Monday, July 20, 2009
Ruang...
Sunday, July 19, 2009
Kehidupan atau hidupan...
Hampir lama saya tidak mencatatkan cerita-cerita yang menarik di dalam blog ini dan apa yang saya lihat sekarang ialah kehadiran blog-blog yang begitu banyak dan pelbagai. Tahniah buat kawan-kawan yang semakin hebat dengan blog anda. Sepeninggalan blog saya ini, pelbagai kisah yang ingin saya kongsikan akan tetapi masa dan ruang menjadi penghalang. Mungkin kerana faktor wireless yang begitu lemah di bilik saya sekarang menjadikan saya malas untuk menulis di blog ini. Insyaallah dalam masa terdekat ini, saya akan cuba kembali dengan cerita baru. Masih ingin mengekalkan identiti blog ini bukan sekadar blog peribadi tetapi blog tentang kehidupan.
Wednesday, July 08, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)