Monday, November 10, 2008

Tempat kelahiranku...



Apabila melihat pemandangan ini, saya akan teringat akan waktu saya kecil dahulu. Mungkin susah saya hendak rungkaikan tentang kenangan dan saya harap gambar ini dapat menggambarkan semua, hampir semua. Gambar ini diambil menggunakan kamera digital dan ketika itu masih diawal pagi.

Sunday, November 09, 2008

Hampir ke puncak...2007



Pemandangan yang disukar untuk saya ambil kerana saya terpaksa mengharungi pelbagai rintangan untuk sampai ke tempat ini. Pada mulanya saya rasakan saya tidak mampu untuk sampai ke atas tetapi berkat doa dan semangat membuatkan saya gagah untuk sampai ke tahap ini dan adalah detik setibanya saya di hentian ini.

Watikah Perlantikan MPP Sidang 2008/09

Penyerahan tugas MPP UPSI

Penyerahan tugas yang diantara Mantan YDP MPP Sidang 2007/08 dan YDP MPP Sidang 2008/09 selamat diserahkan dihadapan Naib Canselor UPSI, Prof. Dato' Dr. Aminah binti Ayob pada 8 November 2008. Majlis juga menyaksikan MPP Sidang 2008/09 berikrar dan berjanji. Bermulanya tugas MPP yag baru dilantik untuk memperjuangkan kebajikan para pelajar. Semoga berjaya.


Melafaz ikrar dan janji oleh MPP UPSI 2008/09

Thursday, November 06, 2008

Kerusi...



Antara tanggungjawab dan jawatan, suatu perkara yang rumit untuk dirungkaikan. Bagi mereka yang sudah merasai kerusi seorang pemimpin, anda akan dapat rasakan satu kekuatan dan kelemahan yang bakal kita akan terima semasa dan setelah jawatan disandang. Bagi saya, seseorang pemimpin haruslah bersikap bebas dalam melaksanakan apa-apa tindakan. Bebas untuk bersuara kerana pemimpin yang membuat keputusan. Berat tugas sebagai seorang pemimpin.

Tuesday, November 04, 2008

"KEPERIBADIAN TERSERLAH PEMIMPIN MAHASISWA"-Kem PRS 2008/09



Kursus Asas Fasilitator Pembimbing Rakan Sebaya 2008/09 bertemakan 'Keperibadian Terserlah Pemimpin Mahasiswa' diadakan selama dua hari satu malam di Kem Desa Selesa, Hulu Bernam. Disertai seramai 120 peserta daripada pelbagai jurusan dan diselia oleh tiga orang instruktor PRS. Saya diberi kepercayaan untuk membimbing kumpulan 10 dan saya berbangga dengan ahli kumpulan saya kerana mereka begitu bersemangat dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Sunday, November 02, 2008

Bersama pengarah program-PRS 2008/09



Saya bersama Pengarah Program Kem PRS 2008/09. Beliau sungguh aktif dan berbakat dalam bidang pengurusan program. Tahniah diucapkan dan gembira dapat berkerjasama dengan beliau. Saya selaku ajk Media menjalankan tugas dengan baik. Tahniah buat PRS 2008/08.

Semoga berjaya buat kawan-kawan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan semoga berjaya kepada semua rakan-rakan yang sedang mengikuti pelajaran di seluruh universiti yang bakal menjalani ujian akhir dalam beberapa hari lagi.

Friday, October 31, 2008

Adik bersama ular kesayangannya...sawa batik



Adik saya yang lahir pada tahun 1998. Ular sawa batik yang menjadi binatang peliharaan beliau dan semasa kami menghantar ular itu ke Zoo Negara, beliau menangis kerana sedih dan kami difahamkan oleh pihak Zoo Negara, ular itu terlalu manja dan dijadikan makanan ular jenis 'King Cobra'. Kenangan memelihara binatang reptilia memberikan kenangan manis buat kami sekeluarga.

Friday, October 24, 2008

Tanggungjawab...



Dalam menjalankan tugas, keikhlasan itu penting. Memberikan sepenuh komitmen dan tumpuan dalam melaksanakan tugas adalah sesuatu yang praktikal. Saya cuba untuk membuat yang terbaik dalam setiap tugasan yang diamanahkan kepada saya.

Wednesday, October 22, 2008

PRK UPSI 2008-PERUBAHAN MENDADAK

Saya hanya suka untuk memerhati dan saya lebih gemar melihat suasana PRK. Selain undian yang menghadapi masalah pada awal pembukaan sesi mengundi tetapi berjaya dilaksanakan. Saya berbangga dan berasa pilihanraya kali ini mendapat saingan hebat dikalangan calon-calon. Pelbagai taktik digunakan dan taktik kotor juga saya dapati ada berlaku. Itulah pilihanraya. Apapun, tahniah kepada semua calon kerana berjaya membawa undian daripada mahasiswa.

Sunday, October 19, 2008

Mempunyai satu tujuan...



Kawan-kawan saya sekarang yang sama-sama kursus. Semuanya saya kenal semasa berada di UPSI dan saya berharap kami akan sama-sama dapat menamatkan pengajian bersama. Mencari sesuatu kelainan adalah usaha kami.

Memberikan ilham dalam kalam hati....



Mencari ilham sentiasa menjadi pergerakan saya dalam apa jua perbuatan saya. Kadang-kadang kita perlukan seseorang untuk memberikan ilham atau dorongan untuk menghasilkan sesuatu kerja atau idea. Dalam hal ini, saya perlu sentiasa sensitif dalam bersama-sama orang disekeliling saya. Gambar ini membuatkan hati saya sebak kerana begitu terasa keseorangan dalam melakukan kerja seharian. Dengan berlatar belakang air terjun memberikan simbolik keadaan sekeliling saya ini penuh cabaran dan liku-liku cabaran. Semakin hari, ia membuatkan saya lebih matang dan berfikiran positif. 

Saturday, October 18, 2008

Mohon Maaf....PRK UPSI

Saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan gambar-gambar PRK UPSI kerana saya merasakan tidak sesuai. Kebetulan sekarang telah muncul blog-blog yang sentiasa memberikan cerita baru tentang PRK UPSI, Jadi lebih baik jika saya meneruskan agenda saya sendiri...hehehe... Jadi saya memohon maaf kerana tidak dapat mempamerkan gambar-gambar suasana PRK UPSI kerana atas sebab-sebab teknikal. Maaf.