
Di sana, PBA memperkenalkan aktiviti yang dinamakan ‘Dam Khalifah’, iaitu satu permainan yang berbentuk riadah. Permainan ini adalah seperti kehidupan sebenar seseorang manusia. Bermula seseorang itu dilahirkan sehingga datang saat kematiannya. Dalam permainan ini, terdapat petak-petak yang bertulis nombor, bermula dari nombor satu hingga nombor 25. Permainan ini sama sahaja seperti permainan dam biasa, cuma bezanya ialah dalam permainan ini, untuk sampai ke petak penamat, para peserta perlu menempuh pelbagai halangan berbentuk ganjaran dan hukuman. Di sinilah letaknya keistimewaan ‘Dam Khalifah’ kerana hukuman dan ganjaran yang dikenakan adalah berbentuk keislaman. Sebagai contoh, para peserta diminta berselawat, saling bermaafan sesama sahabat dan juga diajukan soalan berkaitan ibadah.
Untuk bermain permainan ini, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kaki mereka juga diikat bertujuan untuk menyukarkan pergerakan mereka ke petak yang seterusnya. Simboliknya di sini ialah, ikatan pada kaki akan mengeratkan lagi ukhwah sesama peserta disamping merangsang semangat berpasukan di kalangan mereka.
No comments:
Post a Comment