Saturday, August 09, 2008

VISCOM FAMILYDAY-PART 3

Mungkin sempat saya merakam detik melintasi titian gantung yang masih dalam keadaan pembinaan. Kenangan saya untuk semester 3 UPSI.

VISCOM FAMILYDAY-PART 2

Ini pula daripada viscom semester 4 hingga semester 6. Terima kasih kepada kak As kerana menyumbangkan gambar kepada Norizzat Design_identity CapTure. Antara pensyarah yang dapat turut serta adalah Encik Nurazlan, Puan Mila dan Encik Hafiz. Diharap agar segala usaha untuk mengeratkan silaturrahim berterusan. Terima kasih.









VISCOM FAMILYDAY-PART 1

FamiLYdaY VISCOM Ke-2 berlansung di Desa Selesa. Hampir keseluruhan pelajar Viscom menyertainya. Gambar di bawah adalah daripada Viscom Semester III. Bertolak pada jam 1030 pagi dan berakhir pada jam 500 petang. Antara acara kami ialah Makan Durian Paling Banyak, Tarik Tali Dalam Air, Tarik Tali atas Pasir dan Isi Air Guna Straw ( tapi dibubarkan sebab game tu hanya untuk anak-anak pensyarah ). Kami berasa gembira dan berharap akan ada lagi tradisi ini selepas ini dan terima kasih kepada semua kawan-kawan.







Friday, August 08, 2008

PROGRAM AKADEMIK TIPOGRAFI-PART 1


Pada 6 Ogos 2008, saya mengikuti lawatan ke Karangkraf. Mungkin semua orang kenal dengan lelaki yang bersama saya. Beliau adalah Gayour, kartunis dan antara yang popular ialah Majalah G3. Berbangga kerana dapat berkongsi idea bersama beliau. Banyak lagi yang saya akan ceritakan tentang lawatan ini. sambungan...

Thursday, August 07, 2008

aku semuLa...


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap perkenalan pasti ada perselisihan...mungkin semua ini hanya mainan hidup. Mungkin semua ini hanya ketentuan. Mungkin hanya sementara dan mungkin hanya gurauan.

Monday, August 04, 2008

Senyuman yang membawa kebahagiaan...


Memang kita akan terkenang sesuatu bila kita lihat gambar sebegini. Mungkin sesuatu yang sayu akan terlintas dalam fikiran kita. Tatkala kita bersedih dan duka, kita akan mencari sesuatu yang boleh mengubat hati kita sendiri. Mengenang semula asal usul kita mungkin dapat memberi kita kesedaran dan keinsafan. Setiap yang terjadi adalah dugaan dan kekuatan untuk kita. Mungkin kita yang akan timbul kesedihan ini tetapi mungkin orang yang bersama kita juga akan merasai keperitan itu.

Mungkinkah dia... PART 2


Memang penuh kenderaan motosikal di Taman Universiti setiap pagi. Aku memang dah jangka, jika aku terlewat sedikit, pasti aku akan meletakkan motosikal aku jauh dari bilik kuliah. Memang sudah menjadi adat di Taman Universiti, siapa cepat, dekatlah ia dengan bilik kuliah. Kadang-kadang aku dah lali dengan situasi ini kerana adakala aku akan dapat parking dekat dengan bilik kuliah. Taman Universiti ialah salah satu tempat dewan kuliah kerana kekurangan bilik di dalam kampus. Jadi kebanyakkan kuliah akan dijalankan di rumah kedai Taman Universiti. Pihak universiti telah mengubahsuai kedai-kedai ini menjadi dewan kuliah. Taman U 1 hingga Taman U 40. Memang penuh kawasan Taman Universiti dengan para pelajar yang berpusu untuk ke kuliah. Termasuklah aku.

Taman U 37 adalah arahku sekarang tetapi kenapa aku masih tidak jumpa walhal bilik kuliah ini sudah 3 kali aku kunjungi sebelum ini. “ Wei Khairul. Kau nak pergi mana? Sini kelas kitalah. Merayau jauh-jauh buat apa?” tegur Mazlan. “Aku peninglah. Tunggu kejap.” Balas aku kepada sahabatku yang memang satu kuliah dengan aku. Mazlan adalah ketua kelas bagi subjek Pedagogi Pendidikan. Dia sememangnya menunggu pensyarah di luar kerana sebelum ini, kami pernah ditegur pensyarah, “Kenapa kamu semua tidak mahu ambil berkat daripada pensyarah dengan membantu mengangkat beg? Sudahlah saya dah tua,tergamak kamu semua lihat saya mengangkat beg berat?” Memang pedas dan mengena batang hidung masing-masing. Pengajaran yang kami dapat ialah membantu warga tua dalam segala hal.

Mungkinkah dia... PART 1

Setiap hari yang cerah pasti ada hari yang gelap. Setiap malam yang sunyi pasti ada malam yang... Tatkala aku sedang mula mencelikkan mataku yang agak berat dan lesu kerana aku tidur lewat daripada kebiasaan. Pagi ini aku ada kuliah seperti biasa tetapi kenapa badanku terasa berat sangat untuk aku bangun. Mungkin aku akan mendapat demam atau mungkin aku terasa malas untuk ke kuliah? Ahh, baik aku bangun dan bergerak cergas sedikit. Jika tidak, pasti aku akan lebih malas untuk ke kuliah pagi. Aku tidak mahu memanja-manjakan diri aku bila bangun pagi.

Keadaan jalanraya agak sibuk dengan kenderaan lori yang melalui jalan Hulu Bernam dan memang ini jalan mereka. Kadang-kadang aku sendiri risau untuk melalui jalan ini tapi memang ini sahaja jalan yang menghubungkan laluanku ke kampus. Dengan deruan bunyi dan asap hitam yang menjadi hidangan pagi hari menyebabkan aku rimas dengan keadaan pagi ini. Sudahlah aku tidak menghisap rokok tetapi aku kena menghidu asap kenderaan yang ada. Memang boleh memendekkan umur gayanya. Lampu hijau bernyala dan aku pun melintasi simpang empat dengan motosikalku yang menjadi kepentingan aku jika aku hendak pergi ke mana-mana. Memang setia sungguh motosikal aku ini. Sejak aku mengambil diploma sehingga kini, aku sudah pun menyambungkan pelajaranku dalam ijazah pendidikan.

Berkumpulan...


Kerja berkumpulan adalah satu gerak kerja yang mencabar untuk saya. Setiap keputusan perlulah mendapat persetujuan daripada semua pihak. Sama ada setuju atau tidak, kita perlu mengambil kira semua aspek. Berkumpulan akan membuatkan kita lebih yakin dengan keputusan yang kita buat dan akan ada perdebatan antara ahli kumpulan jika sesuatu perkara itu serius. Menjadi satu tanggungjawab memilih seorang ketua kumpulan bagi membimbing dan menjadi penyelesai perbincangan. Ahli kumpulan perlu sebulat suara menerima keputusan yang dibuat bersama apabila ketua kumpulan mengumumkan keputusan yang dibuat. Ini adalah langkah-langkah membuat keputusan dalam kumpulan. Saya telah banyak menimba pengalaman dan kebanyakkannya saya akan berpeluang menjadi ketua kumpulan. Bukan mudah yang disangka. Menjadi ketua kumpulan, kita seharusnya bersama-sama ahli kumpulan bekerjasama untuk menjadi kumpulan yang terbaik.

Pengacara Majlis...


Pertama kali saya menjadi pengacara majlis di Kolej harun Aminurrashid selain saya menjadi deejay semasa Karnival Terbuka KHAR 2007. Salah satu tugas yang dikatakan bidan terjun untuk saya pada Majlis Perpisahan Felo KHAR. Selain daripada menjadi ahli media kolej, saya juga banyak mempelajari teknik-teknik berkomunikasi berkesan. Lebih ke arah profesional dan protokol, membuatkan saya lebih berkeyakinan. Ciri-ciri ingin menjadi seorang pendidik hendaklah ada sikap keyakinan diri dan sabar dalam apa jua tugas yang diberikan. Tidak sekadar mengajar di dalam kelas malah boleh menjadi lebih terbuka untuk mengacarakan program berbentuk akademik.

Sunday, August 03, 2008

Budak Rempit atau remaja bermasalah...


Mungkin bila kita kata Mat Rempit, semua akan berikan tanggapan negatif. Semua ini hanyalah mainan hidup untuk bersuka-ria dan menghabiskan masa dengan melakukan sesuatu yang tidak berfaedah. Mungkin daripada pandangan umum, itu semua dilemparkan kepada golongan remaja sekarang tetapi hakikatnya, mereka ada lagi yang masih inginkan ruang dalam hidup mereka untuk berubah.

Mungkinkah dia...


Siapakah dia yang bertudung biru? Adakah seorang insan yang cukup istimewa daripada pandangan orang disekelilingnya? Seorang yang agak pemalu tetapi tegas dan sopan santun. Dia Adalah salah seorang teman yang baik pernah saya berkawan tetapi...

Tanggungjawab...


Satu tanggungjawab berat untuk saya pikul semester ini dan saya berharap akan menjadikan tugas ini sebagai tugas yang paling saya kagumi dan yang terbaik. Menjadi ahli media bukanlah satu tugas yang mudah. Memberikan ilmu yang tidak terhingga dan akan saya jadikan ia satu keseronokkan hidup saya di kampus.