Monday, August 04, 2008

Mungkinkah dia... PART 1

Setiap hari yang cerah pasti ada hari yang gelap. Setiap malam yang sunyi pasti ada malam yang... Tatkala aku sedang mula mencelikkan mataku yang agak berat dan lesu kerana aku tidur lewat daripada kebiasaan. Pagi ini aku ada kuliah seperti biasa tetapi kenapa badanku terasa berat sangat untuk aku bangun. Mungkin aku akan mendapat demam atau mungkin aku terasa malas untuk ke kuliah? Ahh, baik aku bangun dan bergerak cergas sedikit. Jika tidak, pasti aku akan lebih malas untuk ke kuliah pagi. Aku tidak mahu memanja-manjakan diri aku bila bangun pagi.

Keadaan jalanraya agak sibuk dengan kenderaan lori yang melalui jalan Hulu Bernam dan memang ini jalan mereka. Kadang-kadang aku sendiri risau untuk melalui jalan ini tapi memang ini sahaja jalan yang menghubungkan laluanku ke kampus. Dengan deruan bunyi dan asap hitam yang menjadi hidangan pagi hari menyebabkan aku rimas dengan keadaan pagi ini. Sudahlah aku tidak menghisap rokok tetapi aku kena menghidu asap kenderaan yang ada. Memang boleh memendekkan umur gayanya. Lampu hijau bernyala dan aku pun melintasi simpang empat dengan motosikalku yang menjadi kepentingan aku jika aku hendak pergi ke mana-mana. Memang setia sungguh motosikal aku ini. Sejak aku mengambil diploma sehingga kini, aku sudah pun menyambungkan pelajaranku dalam ijazah pendidikan.

No comments: