Monday, August 04, 2008

Mungkinkah dia... PART 2


Memang penuh kenderaan motosikal di Taman Universiti setiap pagi. Aku memang dah jangka, jika aku terlewat sedikit, pasti aku akan meletakkan motosikal aku jauh dari bilik kuliah. Memang sudah menjadi adat di Taman Universiti, siapa cepat, dekatlah ia dengan bilik kuliah. Kadang-kadang aku dah lali dengan situasi ini kerana adakala aku akan dapat parking dekat dengan bilik kuliah. Taman Universiti ialah salah satu tempat dewan kuliah kerana kekurangan bilik di dalam kampus. Jadi kebanyakkan kuliah akan dijalankan di rumah kedai Taman Universiti. Pihak universiti telah mengubahsuai kedai-kedai ini menjadi dewan kuliah. Taman U 1 hingga Taman U 40. Memang penuh kawasan Taman Universiti dengan para pelajar yang berpusu untuk ke kuliah. Termasuklah aku.

Taman U 37 adalah arahku sekarang tetapi kenapa aku masih tidak jumpa walhal bilik kuliah ini sudah 3 kali aku kunjungi sebelum ini. “ Wei Khairul. Kau nak pergi mana? Sini kelas kitalah. Merayau jauh-jauh buat apa?” tegur Mazlan. “Aku peninglah. Tunggu kejap.” Balas aku kepada sahabatku yang memang satu kuliah dengan aku. Mazlan adalah ketua kelas bagi subjek Pedagogi Pendidikan. Dia sememangnya menunggu pensyarah di luar kerana sebelum ini, kami pernah ditegur pensyarah, “Kenapa kamu semua tidak mahu ambil berkat daripada pensyarah dengan membantu mengangkat beg? Sudahlah saya dah tua,tergamak kamu semua lihat saya mengangkat beg berat?” Memang pedas dan mengena batang hidung masing-masing. Pengajaran yang kami dapat ialah membantu warga tua dalam segala hal.

No comments: