Wednesday, August 13, 2008

Kemuncak Segala Gerakan Kuliah...

Huh...keluhan yang dapat saya lepaskan tetapi inilah realiti setiap kehidupan kampus. Pada ketika ini dan saat ini saya percaya semua sahabat kita yang hidup di kampus sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan. Mungkin ada yang tidak tidur dan mungkin ada yang sudah tidur awal untuk bangun awal bagi menyiapkan tugasan yang hendak dihantar sebelum hujung minggu ini. Saya? Saya juga sama dengan keadaan sahabat-sahabat saya tetapi saya cuba membuatkan diri saya tenang (sebenarnya resah) dan saya rasa perlukan sedikit ruang untuk menyiapkan tugasan yang menimpa diri saya. Masa ini, saya sedang merangka tugasan yang perlu disiapkan dan yang perlu diteliti. Perancangan yang rapi kerana disaat akhir ini adalah masa yang tidak sesuai untuk serabutkan kepala saya dengan aktiviti lain. Kepada sahabat kampus saya di luar sana, semoga berjaya.

No comments: