Monday, August 11, 2008

With somebody...


Mungkin bagi sesetengah orang amat mengenali beliau. Seorang pendawah bebas di Malaysia yang saya kurang kenali. Pada mulanya, saya tidak berapa kenal dengan seorang ustaz yang dulunya adalah seorang penyanyi rock dan sekarang telah menjadi seorang pendakwah Islam. Sungguh besar hidayah-Nya. Ketika gambar ini dirakam, jujur saya katakan, saya memang tidak kenal beliau dan selepas saya mendengar ceramah agama yang diberikan, saya tertarik dan ingin cuba mengenal sedikit tentang latar belakang beliau. setelah diselidik, barulah saya tahu siapa beliau sebenarnya. Dan ketika ini juga, beliau belum lagi popular seperti yang ada sekarang. Gambar ini dirakam pada linkungan dalam tahun 2006. Pada masa itu, saya telah berada di semester akhir Diploma. Kini, beliau telah menjadi seorang pendakwah yang cukup popular dan saya sendiri tidak tahu bila saya berpeluang akan berjumpa beliau lagi. Apapun, saya mengucapkan tahniah kepada beliau kerana masih boleh bertahan sehingga sekarang.

No comments: