Sebuah penantian yang bakal menjelma sedikit hari lagi...
Thursday, April 30, 2009
Wednesday, April 22, 2009
AMARAN KERAS !!!!
Jual kad prabayar telefon lebih 50 sen, pemilik kedai gambar didenda RM500
22/04/2009 3:55pm
KUALA LUMPUR 22 April — Akibat menjual kad tambah nilai telefon bimbit melebihi 50 sen daripada harga sebenar, pemilik sebuah kedai gambar didenda RM500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu ke atas Chong Meow Fong, 53, pemilik kedai gambar Quick Foto Sdn Bhd di sini setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Beliau didakwa menawarkan untuk membekalkan 11 unit kad tambah nilai Hotlink dengan harga RM10.50 seunit walhal harga yang tertera pada kad ialah RM10 seunit. - Bernama
Friday, April 17, 2009
Berehat sebentar....
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya...opss...silap....selamat menjalani peperiksaan dan selamat bercuti kepada seluruh mahasiswa mahasiswi seluruh malaysia dan kepada rakan-rakan yang selalu melawat laman blog saya ini. Rasa terharu dan sedih apabila ingin menyatakan bahawa blog ini akan dihentikan sementara waktu kerana memberi laluan kepada majlis pernikahan saya....opss...silap... :)
Terima kasih kepada semua yang telah melawat blog saya dan memberikan sokongan kepada saya dalam meneruskan blog ini. Saya akan terus memberikan yang terbaik kepada diri saya dan kepada semua pengunjung blog saya ini.
Blog ini akan aktif semula sejurus saya mendapat perintah daripada Sultan Kuala Lumpur kelak..... :)
Harap bersabar dan teruskan memberi komen di dalam blog saya. Saya berharap kepada semua pengunjung blog saya untuk memberikan komen di sini atau cadangan-cadangan untuk masa akan datang. Komen pada post ini yee... :)
ceria selalu... :)
Tuesday, April 14, 2009
Diri ini...

Monday, April 13, 2009
Kemana dan di mana...?

Saturday, April 11, 2009
Hari ini dalam sejarah hidupku....
Tatkala duduk berjauhan, saya rasakan seperti ada saja di depan mata. Tatkala tidak bersua, terasa bagaikan ada disebelah saja. Mungkin ini yang terpelihara dan terjaga...tidak pasti...
KUPREX II-video in the program...
Sekadar santai untuk tontonan semua, hasil kerja saya yang tidak seberapa.
Thursday, April 09, 2009
BECA- Kami Production@Viscom UPSI

Wednesday, April 08, 2009
Titik-titik....tradisional...

Tuesday, April 07, 2009
Tentang Cinta...
Tentang cinta...
Perhati dan memerhati adalah suatu yang insaniah
Renung dan merenungi pula suatu yang abstrak
Sayang menyayangi adalah suatu yang hadir
Hadir dengan sengaja
Sengaja menyayangi
Cinta
Hadir tanpa kata
Tanpa sebarang pengertian
Tentang apa itu cinta yang tiba-tiba hadir
Tiada sebarang tanda yang dapat diungkapkan
Tentang apa itu cinta
Tentang menyintai
norizzat mj
24 NOVEMBER 2007
Hadir dengan sengaja
Sengaja menyayangi
Cinta
Hadir tanpa kata
Tanpa sebarang pengertian
Tentang apa itu cinta yang tiba-tiba hadir
Tiada sebarang tanda yang dapat diungkapkan
Tentang apa itu cinta
Tentang menyintai
norizzat mj
24 NOVEMBER 2007
Putih kepada Atih...?

Monday, April 06, 2009
Tengok..tonton...
Untuk pengetahuan semua, ini adalah animasi pertama saya dalam percubaan untuk belajar. Agak sukar dan mencabar kerana mungkin pertama kali saya belajar tentang animasi 3D. Saya berharap agar saya akan mencuba lebih baik daripada ini. Percubaan akan membuahkan hasil.
Sunday, April 05, 2009
Sejarah atau kenangan?

Gambar ini saya ambil ketika waktu senja dan saya hanya menggunakkan kamera telefon bimbit saya yang mempunyai 1.3 megapixel sahaja. Tidak berapa cantik kerana gambar agak pecah. Dalam waktu saya mengambil gambar ini, saya lebih gemar mengambil sewaktu saya bersiar-siar di mana sahaja. Jadi, tidak kisah saya berada di mana sahaja, saya akan cuba merakam atau mengambil gambar untuk kenangan saya. Untuk pengetahuan semua juga, 10 tahun akan datang, jalan ini akan menjadi satu jalan yang paling sibuk untuk warga UPSI khususnya. Biarkan gambar ini menjadi sejarah.
Menutup sidang...peralihan kuasa...letak jawatan?
Alhamdulillah. Telah sampai waktunya untuk saya mendokumentasikan semua hasil kerja saya sepanjang saya memegang jawatan exco sidang 2008/09. Sedih dan sayu bila saya terkenang dengan pengalaman sepanjang penglibatan saya di kolej kediaman yang terbesar di UPSI. Saya percaya bahawa kenangan pahit akan menjadi kenangan paling manis buat saya. Nantikan rakaman gambar-gambar saya sepanjang sidang 2008/09. Ragam diri 'identitiy capture'.
diUmpat dan mengumpat...
Rasulullah SAW bersabda : "Takutlah ghibah(mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat) sebelum orang yang diumpat memaafkannya"
Thursday, April 02, 2009
Kepenatan, tidak mampu....putus asa?
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya rasa bersyukur kerana saya masih mampu berdiri ketika ini dan bernafas pada saat ini. Apa pun, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini kerana terus memberikan sokongan yang agak baik kepada saya. Barulah saya sedar bahawa ada insan yang menghargai diri ini. Terima kasih sekali lagi. Untuk pengetahuan semua juga, saya memohon maaf kerana setakat ini, saya masih tidak mampu mempamerkan gambar-gambar menarik yang saya percaya ramai yang ternanti-nanti gambar yang menarik dalam blog ini. Sekali lagi seperti tahun sebelumnya, saya sedar yang saya masih belajar dan perlu menumpukan perhatian dalam pelajaran saya. Ketika ini, minggu ke-12, sudah hampir dengan minggu terakhir semester ini. Jadi, saya perlu memberikan tumpuan kepada tugasan-tugasan saya. Akan datang, saya akan pamerkan sesuatu yang berlainan daripada apa yang saya pamerkan di dalam blog ini. Sesuatu yang menjadi antara sejarah hidup saya. Ceria selalu.
Wednesday, April 01, 2009
Nurkilan hati yang bersuara semula...
Hati ini...
buat tuan puteri
Entah tidak terungkap daripada kata-kata,
entah tidak terkata keluar daripada bibir,
mungkin ungkapan tidak memadai,
mungkin kata-kata tidak cukup,
itulah lumrah hidup,
itulah lumrah dunia,
dan bila aku terima kesedihan,
kegembiraan datang menyapa,
dan bila aku resah,
kepastian datang meniup angin,
dan bila aku terpaku,
angin tiup ke dalam hatiku,
memang itu yang aku tunggu selama ini,
memang itu yang aku nantikan selama ini,
segalanya terungkap dengan hanya sekelip mata,
sembuh kegusaran aku selama ini walaupun hanya untuk seketika,
mengubat hati aku yang semakin rapuh,
merawat hati aku yang hampir luruh,
semuanya terungkap dengan kata-kata,
semuanya kerana hati ini...
-norizzat johari-
Subscribe to:
Posts (Atom)